PEMERGIAN DS Najib ke Gaza bukanlah rangka lawatan rasmi, sebaliknya hanya bersifat santai dan mencari ilham dengan melihat sebuah negara luar yang kucar-kacir akibat kemelut politik. Apakah Najib juga beranggapan jika tumbangnya BN maka perkara sama akan berlaku? Soalnya ialah apakah pengikut UMNO-BN akan turut menentang dan berperang seperti di sekitar Gaza?
Lawatan DS Najib yang lebih ke arah simbolik dan berpeleseran itu hanyalah sebagai satu langkah mencari idea tarikh pembubaran parlimen. Atas nasihat Nasharuddin Mat Isa, DS Najib akan lebih bersemangat dan bersedia menghadapi PRU 13 nanti.
Apa lagi bila melihat berbagai masalah dalaman di negara Malaysia yang belum selesai, DS Najib cuba mengalih perhatian terhadap masalah dalam negara orang. Mungkin dapatlah kiranya sedikit tunjuk ajar yang berguna bagaimana melawan kebangkitan rakyat yang membuak-buak di negara sendiri.
Sekembalinya DS Najib dari perantauan mencari ilham maka dapatlah diagak bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pembubaran parlimen seterusnya tarikh PRU nanti. Lawatan DS Najib juga menunjukkan betapa inilah agaknya selaku PM beliau dapat berfoya-foya di negara orang yang bergolak dengan title kepala negara. Lepas ini sudah jadi pembangkang pula, payahlah sikit.
Rangka lawatan DS Najib yang berakhir hari ini juga akan membawa Nasharuddin Mat Isa shopping dan jalan-jalan kerana menjadi jurubahasa yang sangat cemerlang. Negara manakah pula yang bakal mereka 'singgah' untuk beli kelengkapan pakaian dan perhiasan diri bagi menghadapi PRU 13 nanti, agar nampak lebih berseri-seri dan menawan hati pengundi tidaklah pula diberitahu kepada umum, hanya orang terdekat dan mengikutnya sahaja yang mengetahui. Termasuk Nasharuddin Mat Isa.
0 comments:
Catat Ulasan