HARI ini DS Najib telah perlekehkan kemampuan Deepak dalam isu berkaitan pembunuhan Altantuya, kecoh di seantero siber sejak 2 hari lepas berkaitan isu yang membingitkan setelah DS Najib dan DS Rosmah cuba untuk memberi respon terhadap dakwaan Deepak - taukeh karpet Malaysia. DS Najib dakwa Deepak adalah manusia yang tidak boleh dipercayai. Maksudnya Deepak ini adalah kaki autar dan kaki kelentong. DS Najib telah menuduh Deepak sebagai seorang yang mencari kesempatan, dan apa yang diusahakan Deepak hanyalah sia-sia, kerana tiada siapa akan percayai Deepak. Kesan dari DS Najib tuduh Deepak ini besar. Polis tak percaya, SPRM tak percaya. Jadi benarlah DS Najib mendakwa usaha Deepak tidak memberi bekas kepada kemenangan UMNO-BN.
Amaran yang jelas dari DS Najib agar jangan mempercayai Deepak akan difahami dengan jelas pula oleh badan-badan dan suruhanjaya-suruhanjaya yang terlibat. Selepas respon DS Najib, tidak lama selepas itu DS Rosmah pula bersumpah dengan kepala yang telanjang bulat. "Demi Allah saya tidak mempunyai cincin tersebut". Rasa nak tergelak pun ada.
Paling sedap bila Rosmah kata pengakuan tersebut adalah untuk menjamin kemenangan DS Najib, suaminya. Kekal jadi PM. Bila kekal apa lagi? Belasah terus yang mana ada.
Mengapa Najib tidak mengheret Deepak dan dakwa Deepak? Jawapannya tidak payah iaitu Najib akan tersungkur dengan mudah andai berbuat demikian, kerana Deepak memang menunggu-nunggu saat itu untuk dedahkan segalanya. Masa itu tiada lagi kepercayaan kepada Najib, sudahnya peluang Muhyiddin amat cerah untuk menyandang jawatan PM yang semakin mendapat restu dari Tun Mahathir. Bila ini berlaku tanpa ragu Mukhris juga turut berpeluang cerah menyandang jawatan TPM.
Sebab itu DS Najib masih mendiamkan diri dalam soal ini. DS Najib akan tunggu kemenangan dan jawatan PM berulang lagi. Pada masa itu Deepak bakal berkubur dengan tulang-belulangnya. Selepas PRU 13 nanti, saat yang begitu dekat Deepak bakal dihumban ke lubuk Bujang Senang. Sebab itu Deepak melobi ke hulu dan ke hilir mencari perlindungan dan imuniti. Deepak juga dalam dilema berkaitan isu ini, nak dedahkan semuanya. Dirinya akan hancur. Melainkan jika PAKATAN berjaya menguasai pusat. Inilah satu-satunya harapan yang masih tinggal buat Deepak.
DS Najib hanya mampu mengelak buat masa ini kerana jika menekan Deepak, kuasanya akan hilang. Jika beri respon maka terlondeh pula segalanya. Jadi baik diamkan diri dulu sambil mencari helah mengaut undi dengan berbagai janji yang akan ditabur.
Sebaliknya Deepak juga tidak mempercayai Najib dan Rosmah. Deepak juga mendakwa bahawa janji yang DS Najib taburi kepadanya untuk memberikan tanah seluas 223.3 tanah di Klang juga tidak ditunaikan. Akhirnya Deepak telah rugi dalam soal ini.
Deepak yang selama ini memainkan peranan yang penting dalam segala urusan politik, sosial, dan ekonomi DS Najib kini sudah dilemparkan kerana cuba menggigit tuannya.
Ahad, 20 Januari 2013
DEEPAK : NAJIB DAN ROSMAH SAMA-SAMA TIDAK BOLEH DIPECAYAIII!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan