Selasa, 1 Januari 2013

BUNGALOW DATUK SERI ZULHASNAN AND DATUK SERI DR JAMALUDDIN AT PUNCAK SETIAWANGSA DEMOLISHED


KUALA LUMPUR: Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini Isnin.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.
Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

Zulhasnan Rafique
DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk...



P/S: BERAPAKAH AGAKNYA NILAI BANGLO INI???

SETIAWANGSA LANDSLIDE : BUNGALOWS BELONGING TO JAMALUDDIN JARJIS AND ZUL HASNAN MAY BE DEMOLISHED

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code