Ahad, 6 Januari 2013
APA ITU AMANAT HAJI MAHATHIR DAN AMANAT HAJI NAJIB???
SERIBU persoalan dengan status 2 lebai UMNO ini. Keduanya bercakap berkaitan Islam, keduanya sayangkan Islam dan keduanya peluk agama Islam. Keduanya tolak hukum hudud. Keduanya tidak mahu menjadikan hukum Allah sebagai satu hukuman yang sah walau hanya di negeri Kelantan. Lagi malang, keduanya takut dengan Islam, bila dengar azan saja dan rebah berguling-bating. Apatah lagi tengok masjid dah pitam dan muntah-muntah. (metafora)
Malang sekali Amanat kedua Haji Lebai ini sengaja terlepas pandang, atau mungkin buat-buat tak nampak dan tak dengar. Hakikatnya semua yang dikatakan oleh lebai Hj Mahathir adalah SESAT dan durhaka kerana persendakan hukum Allah.
Dalam pada itu elok juga diselitkan apakah kata yang menyebabkan isu ini hangat. Apakah yang dikatakan oleh Hj Hadi sebenarnya? Mengikut amanat tersebut inilah teks yang diucapkan oleh Hj Hadi hingga membawa kepada pengungkitan tersebut.
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
“
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Jika dikaji dalam amanat ini dengan secara ilmiah dan bukan emosional, tiada salahnya kerana orang yang tolak Islam, mengambil sebahagian dan buang sebahagian memang tidak sempurna. Mengamalkan konsep sekular, agama dan politik diasingkan memang benarlah satu konsep pentadbiran yang langsung tidak nertunjangkan Islam. Manakala jihad pula ialah apabila menentang sesuatu kemungkaran adalah termasuk dalam golongan berjihad, apatah lagi UMNO yang tak mahu kepada hudud Allah.
Rupanya sebelum amanat ini ditimbulkan, sudah jenuh para UMNOWAN mencari di mana silapnya Hj Hadi, di mana tempatnya yang boleh dilondehkan. Cari dalam bab jenayah berat, tiada nama Hj Hadi, dalam fail jenayah komersial dan sivil, tiada failnya. Korek dalam portfolio SPRM, juga tiada nama Tuan Guru Hj Hadi. Setelah puas dikelebek dan digali. Maka muncullah Amanat ini yang agak camping sedikit pada pandangan UMNOWAN. Meski sudah tua, tapi inilah tunjang dan satu-satunya peluang untuk menibai semahunya.
Soal yang timbul pula ialah, mengapa isu ini baru dibangkitkan semula? Sesudah 32 tahun? Siapa sebenarnya yang cuba merosakkan Islam? 32 Tahun sudah lama berlalu, bahkan para pengundi yang berada atas pagar (golongan belia)dan golongan yang baru layak untuk pertama kali membuang undi sama sekali tidak tahu akan perkara ini. Mengapa ianya mesti dibongkarkan? Bukankah semata-mata bertujuan untuk mengatakan apa yang PAS perjuangkan dulu sesat? Dan sekali gus mengharapkan agar pengundi tadi beralih arah kepada UMNO? Apakah UMNO mahu terus berkuasa dan gila kuasa? Seolah negara Malaysia ini adalah miliknya sahaja?
Jika UMNO boleh berubah dari landasan dan lari dari konteks kepimpinan yang suatu ketika dulu pemimpinnya berjuang untuk rakyat, tapi saudara dapat lihat dengan sendiri kini, UMNO sudah berubah kepada pemimpin yang sanggup membela rakyat kepada pemimpin yang menjadi "pencari makan". Bukankah jauh bezanya. Segala ahli keluarga pemimpin menjadi kaya-raya, menjaga tembolok dan kemegahan, memewahkan bini serta keluarga sahaja. Bukankah ini juga amat pelik? Sedangkan dalam PAS perkara sebegini tidak berlaku. Para pemimpinnya hanya orang biasa, sederhana dan tidak tamak haloba.
Tapi sebaliknya bila PAS ingin mengambil alih Putrajaya, berbagai pula pandangan dan bantahan oleh UMNO seolah PAS ini mempunyai satu matlamat iaitu melaksanakan hudud semata-mata. Umno pula sibuk mencanang agar PAS berpecah-belah. Biar PAS keluar dari Pakatan, biar PAS berjuang sendiri. Secara tidak langsung dapatlah UMNO dan Barisan Nasional menelah dan menjangka, jika ini berlaku (PAS keluar PAKATAN) tadbiran negara mesti akan kekal di bawah pasukannya. Inilah kisahnya yang sebenar.
UMNO tuduh PAS gila kuasa, sebaliknya apa yang berlaku ialah pasukan UMNO jauh lebih gila kuasa. Menuding jari mencari berbagai isu kelemahan yang ada dalam Pakatan dan menghebahkannya melalui ruang media yang dimiliki mereka. Peluang untuk menjawab balik persoalan oleh OKT (orang kena tuduh) tiada peluang. Hukuman akan dijatuhkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan yang wajar diambil mengikut perundangan yang sah. Inilah peliknya negara Malaysia.
Amanat Hj Najib pula semua orang tahu, memang dua orang pak lebai ini Hj Najib dan Haji Mahathir asalnya adalah Islam. Tdak pernah berbicara bab Islam kerana tidak berapa faham Islam, sebagai pemimpin sebuah negara Islam amatlah tidak wajar kita berkelakuan seperti remaja yang lalai dan terikut dengan kehidupan duniawi sehingga sanggup mempamerkan kejahilan kita di khalayak bawah tadbiran kita. Lihatlah gaya kita, bini kita dan keluarga kita. Semua rakyat setiap hari mencemuh kita kerana kejahilan dan kemewahan yang berlebihan, sedangkan rakyat maehaen di bawah masih tercungap-cungap dihimpit kemiskinan dan kesusahan mencari sesuap nasi.
Masih memakai rantai 'emas' dileher. kemudian terang-terangan menolak hudud. Apa ini 'amanat' yang dibanggakan oleh pengikut tegar UMNO, seolah pada mereka ini tidak salah dan boleh menjadi ikutan remaja dan rakyat negara ini?
Bukan sekadar mempengaruhi rakyat dengan berbagai isu sensitif, bukan sekadar memberi sedikit habuan demi menjamin kuasa di tampuk berpanjangan, jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan hidup dengan penuh kepalsuan. Pendedahan yang dibuat Deepak juga masih tidak mendapat jawapan yang memuaskan banyak pihak. Mengapa ini masih dilihat sebagai relevan dan boleh dipercayai untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar 'memimpin'?
Mengapa harus disekat penerangan yang diminta oleh Haji Hadi untuk menjelaskan duduk sebenar perkara di mata umum? Mengapa sentiasa memberi alasan yang tidak masuk akal? Bukan lama masa yang diminta Hj Hadi untuk buat pendedahan tersebut. Bukan bersiri pun. Hanya 1 jam saja. Tapi mengapa seluruh jentera kerajaan menentang penampilan Hj Hadi. Mengapa?
Sedangkan kerajaan membenarkan pula siaran langsung sambutan ambang tahun baru yang mencetuskan berbagai punca maksiat dan hiburan yang melalaikan bahkan memakan masa lebih dari satu jam. Jadi, apakah ini amanat yang dibanggakan Hj Najib?
Melaung-laungkan berbagai pelan transformasi dan janji ditepati, tapi sejauh mana kebenarannya. Lain yang diminta lain pula yang diberikan. Inikah matlamatnya menjadi pemimpin.
Tidak lama lagi akan mncul pula berbagai kisah silam dan terbaru berkaitan dengan berbagai isu kepincangan PAKATAN, walau itu hanyalah satu yang diada-adakan.
Menariknya, kini muncul pula berbagai kumpulan dari UMNO sendiri yang cuba menjatuhkan kepimpinan mereka. Maka kita tunggu dan lihat detik itu...!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Melayu maju kutuk... Cina yang kaya zaman mahathir,pak lah dan sekarang najib itu siapa kroni umno bn ke???mengapa pakatan Suka hebahkan kroni kaya raya.??? Mengapa tidak sentuh bangsa cina yang kaya bukan melayu yang kaya??? Cina kaya itu hasil kroni melayu ke??. Kalau kita sendiri jatuhkan bangsa melayu yang kaya lindungi cina yang membiak kaya... Jawabnya melayu akan jadi kuli ditanah airnya sendiri... Suka tengok melayu kaya dijatuhkan kerana falsafah anwar melayu kroni teruskanlah.. elakkan cina yang kaya dan bantu anak cucu diorang kaya dan ambil kuli melayu... Cina kroni kita diamkan... Teruskanlah usaha anda....
Catat Ulasan