Rabu, 2 Januari 2013

AMANAT HJ HADI LEBIH BAHAYA DARI DAKWAAN DEEPAK DAN PEMBELASAHAN HARTA RAKYAT OLEH NAJIB???

DIAM tak boleh diam, dibayar untuk tutup mulut juga nampaknya tidak berkesan, nak bunuh sampai mati tak sampai hati pula, nak bom dengan c4 takut lubang lama semakin besar. Apa lagi lu mau buat haaa??

Semakin hampir dengan hari kiamat UMNO maka semakin jelas tanda-tanda kebobrokan moral pemimpin utamanya terlondeh. Malangnya dengan sikap kuku besi dan sisa kuasa yang ada. Maka ditaramnya lagi isu itu dengan Amanat Haji Hadi yang tak tahu bila nak selesai.

Hakikatnya gerombolan UMNO termasuk pemimpin peringkat pertengahan masih menutup mata dengan dakwaan Deepak, takut tidak menjadi calon "winnable candidate" maka terlepaslah peluang nak jadi YB. Tanpa restu orang nombor satu yang terpalit dengan berbagai isu penyelewengan dan salah laku jenayah berat yang masih berkuasa, sudah tentu geng yang berada di bawah tidak berani membuka mulut dengan seluas-luasnya, hanya bisikan dan main sorok-sorok di belakang pintu saja.

Desas-desus yang mengatakan bahawa pemusnah UMNO berada di tangga pertama carta kepimpinan UMNO, jadi orang nombor 2 terpaksa berhati-hati dengan sebarang sabotaj yang bakal dilakukannya. Mengumpul kekuatan tenaga dan meraih sokongan peringkat pertengahan serta bekas orang nombor satu seperti Tun Mahathir amatlah ditagih. Nampaknya Rosmah dan DS Najib kian tertekan dengan pendedahan buku terbaru yang dikarang oleh bekas orang kuat ahli politik yang menjadi Perdana Menteri sekarang. Buku The Black Rose-Black Rose 1.0, telah mendedahkan berbagai keterlibatan dalam isu sensitif yang selama ini terkunci rapat dalam peti sejarah orang yang terlibat, termasuk yang sudah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Siapa lagi yang dapat membantu memulihkan kecelaruan dalam UMNO sekarang? Sudah tentu Permaisuri Dewager Malaysia berkokok dan bermain wayang di belakang tabir buat kesekian kalinya. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Mahathir Mohammad yang masih tidak berpuas hati selagi anaknya tidak menjadi PM. Oleh itu, sekali lagi peranan Tun Mahathir dalam soal menjatuhkan DS Najib tidak dapat dinafikan.

Logiknya dalam dunia politik Malaysia hari ini berbagai watak yang muncul menjadi perantara menjatuhkan setiap PM Malaysia dikaitkan dengan campur tangan Tun Mahathir. Hanya Tun Mahathir yang mampu menjatuhkan dan menaikkan seorang PM Malaysia hari ini. Tun Mahathir menjadi bayangan maut yang menghantui setiap watak PM. Masakan tidak, semasa Datuk Seri Abdullah Badawi dulu (sekarang makan pncen PM) juga dikatakan lemah adalah disebabkan oleh Tun Mahathir, kononnya yang mendakwa telah salah pilih pengganti, selepas itu digala dan dibajak oleh berbagai pihak yang mula berani menentang watak PM setelah Tun Mahathir memberi lampu hijau menjatuhkan DS Abdullah.

Kini, setelah banyak isu yang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir, DS Najib sekali lagi berdepan dengan bayangan Tun Mahathir sama ada untuk kekal atau mengundurkan diri?

Apa yang jelas, pendedahan yang dilakukan oleh dua orang kuat Tun Mahathir, tapi tiada siapa yang tahu sejauh mana keakraban mereka. Orang kuat itu ialah Datuk Musa Hasan dan Deepak. Inilah yang menjadikan Najib kini semakin goyah dan gelabah.

Tidak lama lagi DS Muhyiddin Yassin pula akan menjadi proksi kepada Tun Mahathir dalam menjatuhkan DS Najib. Persoalan ini masih tidak nampak bagi sesetengah orang, tapi akhirnya menjadi satu yang nyata dan sangat jelas selepas ini. Tanpa Tun Mahathir di belakang tabir tidak mungkin Deepak, Musa Hasan dan Muhyiddin menonjolkan diri dengan begitu berani, megah dan angkuh menentang kepincangan seorang yang bergelar Perdana Menteri ketika ini.

Ancaman terhadap presiden UMNO ini oleh musuh dalam selimutnya kini ditutup dengan isu Amanat Haji Hadi. Rakyat bakal terlena seketika. Lupa pakej kepincangan pemimpin mereka. Sebaliknya hanya mencantas parti lawan dengan isu lapok. Isu semasa Pas berjuang sendirian.

DS Muhyiddin kini mula berperang secara peribadi demi menyelamatkan UMNO. DS Najib semakin tidak boleh diharap.

Sumber

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code