NAMPAKNYA jenuhlah bayaran yang bakal dikeluarkan Utusan ekoran berita yang disiarkan sering berbaur fitnah dan niat jahat. Terbaru Utusan dengan tegarnya memfitnah kerajaan negeri Selangor dengan berbagai dimensi buruk agar kerajaan negeri ini tumbang. Konon taktik ini adalah strategi politik, kerja memfitnah dan dan memburukkan parti lawan adalah strategi politik kuno yang diamalkan oleh negara berstatus mundur saja. Bagi negara maju mereka bersaing dan berdebat secara ilmiah dan penuh kejantanan. Bukan lari bercawat kote...
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan timbalan ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.
Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.
“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu, apa lagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.
Laporan akhbar berkenaan menyebut kerajaan negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
0 comments:
Catat Ulasan