SEKONYONG-konyong muncul muka Najib bila dekat pilihan raya setelah puas menyerang dengan membuta tuli bagaikan babi yang sondol tanah. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kepentingan sokongan dan meraih undi. Setelah dapat apa yang diinginkan maka Najib akan berpeleseran lagi menjelajah ke seluruh dunia untuk makan angin dan 'shopping' apa-apa yang diperlukan untuk bini tersayangnya. Namun nasib rakyat serupa itu juga. Inilah tugas Menteri Wanita Malaysia.
Program menyerang pembangkang secara belakang dengan bertubi-tubi, maklumlah nak berdepan dan berdebat takut, kecut segala urat saraf. Bahkan sanggup jelajah ke merata ceruk bukit dan hutan bahkan kalau ada pengundi tinggal di dalam laut sekalipun Najib sanggup meredahnya. Paling sedih ialah Najib bakal secara tidak langsung telah menyebabkan ramai YB dan bakal YB walaupun belum tentu dipilih menjadi winnable candidate Najib sedia berkorban harta dan wang ringgit bagi menjamu selera nafsu Najib dengan membuat berbagai persediaan yang rapi untuk menyambut kehadiran "dewa" UMNO iaitu Najib. Sekali gus mengalahkan sambutan terhadap kehadiran seorang raja. Berekor lembu dan kerbau ditumbangkan, beratus bahkan beribu ekor ayam dikorbankan demi dewa sakti ini. Bukan apa, tapi sekadar menarik perhatian bahawa akulah seorang calon yang boleh diharapkan.
Kehadiran penonton dan pak ssanggup tidak menjadi masalah, budak sekolah dan kakitangan awam dipaksa hadir. Apatah lagi untuk menghabiskan gulai di kawah dan nasi di belanga, kerana ramai persatuan wanita yang sanggup membungkusnya untuk dijadikan bekalan makan anak-anak untuk seminggu penuh. Inilah kehebatan pemimpin pujaan ahli UMNO. Najib sedikitpun tidak gusar pasal belanja kenduri-kendara jamuan ini. Semuanya ditanggung beres. Umpan yang diberikan ini adalah untuk menanti habuan dari Najib.
Bila agaknya Najib akan buka mulut untuk menjanjikan berbagai dana bagi kawasan itu. Berapa agaknya apakah RM1 juta, RM2 juta atau lebih. Namun perkara ini sudah jadi biasa bagi Najib, ianya sering meniti dibibir Najib untuk mengumumkannya. Manakala para pelobinya pula terjebek menganga mulut, hinggakan terjelir lidah sambil menadah telinga mendengar dengan penuh debaran pengumuman dan janji yang bakal dilontarkan dari mulut Najib. Untuk apa? Untuk di"ngap"nya.
Namun sudah menjadi tradisi, sebelum buat pengumuman penting itu, terlebih dahulu Najib akan membelasah cukup-cukup musuhnya. Menghina, mengherdik dan memfitnah adalah darah daging Najib dengan berbagai perkataan favourite nya seperti anak haram, haram jadah dan sebagainya. Maka bertepuk soraklah ratusan budak sekolah tanpa mengetahui apa-apa. Orang sorak dia sorak.
Mangsa utama dalam pembelasahan ini ialah negeri Kelantan, dengan isu kemiskinan dan masalah kemiskinan, masalah air dan sebagainya. Cukup hebat peranan dan hentaman Najib ini. Malangnya ramai yang sudah tahu bahawa Najib ini adalah kaki autar yang sangat bijak. Hinggakan digelar oleh penulis barat sebagai autarkarat.
Bercakap berdegar-degar...wahhh...."Kelantan akan selesai masalah air jika UMNO mentadbir negeri ini..."
Rasa nak tergelak pun ada. Nak muntah memang dah terasa. Apatah lagi terkencing.
Tanpa sedar rupanya masalah air yang membelenggu penduduk dilaman sendiri (Pekan) pun Najib tidak dapat selesaikan. Ini pula ingin selesaikan masalah di rumah orang. Malu. Kalau perkara ini duduk pada orang awam memang amat memalukan. Tapi ini adalah sikap muka tak malu tapi pipi tersorong-sorong. Jika ingin maklumat yang mendalam berkaitan isu ini maka boleh didapati di sini dan sini.
Kesimpulannya amat mudah, iaitu bila tiba musim mengawan maka Najib akan merayu-rayu dan meraung minta bantuan orang kampung, tapi bila sudah dapat....maka dilemparkan begitu saja masalah ini membebani rakyat kampungnya. Itulah Najib, Perdana Menteri UMNO.
0 comments:
Catat Ulasan