Selasa, 23 Oktober 2012

PEMANDU TEKSI TAK CUKUP DENGAN 4 BIJI TAYAR BOTAK PERCUMA, KINI MAHU MINTA PERMIT PULA....





NAMPAKNYA masih ramai pemandu teksi yang bernaung di bawah UMNO...admin ingat semua dah lari sokong PR...Sebaliknya setelah Najib memberi 4 biji tayar percuma, mereka kini mula mengada-ada dengan meminta lebih dari itu. Malangnya semua usaha ini dipandang sepi oleh UMNO. Kini sebagaimana posting tempoh hari admin dah tahu mogok pemandu teksi ni ada udang di sebalik batu. Alasannya ialah kerana marah kepada bas percuma yang merupakan strategi UMNO terhadap rakyat untuk kaut undi...malangnya terlupa pula dengan kemarahan si pemandu teksi. Pada hal sudah jelas kerajaan UMNO ini korap dan pentingkan kroni saja....tapi mengapa pula pemandu teksi ni masih tak sedar-sedar.

Bahkan kini semakin lantang berpura-pura nak sokong pembangkang....sudahlah...tak payah nak menipu, kalau kerajaan UMNO selama ini asyik menipu saja kerjanya tapi masih lagi orang seperti ini percaya dan mengagungkannya...tapi kini berani pula guna ugutan nak keluar UMNO....kalau tak bagi permit teksi kah kah kah...Buat malu diri sendiri saja...Rupanya nak minta permit teksi....kah kah kah!!!

UMNO tak heran kalau 'geng teksi' ini ingin pangkah pembangkang pun sebab Najib dah tahu berapa kerat sahaja yang berani berbuat demikian. Selebihnya hanya hangat-hangat tahi ayam saja.

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Pemandu teksi hari ini mengugut akan menyebarkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) jika permintaan mereka tidak dipenuhi kerajaan.
Lima puluh orang pemandu teksi melancarkan kumpulan pendesak, Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) pagi ini, menuntut 11 tuntutan termasuk memberi permit teksi serta membatalkan perkhidmatan bas percuma GO-KL.

“Kami membawa satu juta penumpang setiap hari. Bayangkan kami jadi duta kepada PR daripada duta pelancongan,” kata pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud memberitahu wartawan dalam sidang media.

“Banyak benda boleh berubah dalam masa dua minggu sebelum pilihan raya umum.”

Pemandu teksi turut merancang untuk membuat bantahan aman setiap Sabtu di seluruh Malaysia hingga tuntutan mereka dapat ditunaikan.

Antara 11 tuntutan yang akan dihantar ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan pejabat perdana menteri esok ialah meluluskan permit teksi individu.

Dalam sistem sekarang, pemandu membayar setinggi RM1,700 sebulan kepada syarikat teksi mereka.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berkata baru-baru ini terdapat 79,571 pemandu teksi dan 1,303 syarikat teksi seluruh negara. Syarikat ini memiliki 31,978 permit atau 48 peratus di seluruh negara.

“Adakah pemandu teksi ini bekerja dengan syarikat, atau berniaga sendiri? Keduanya pun bukan,” kata ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin semasa melancarkan kumpulan itu.

“Kerajaan PR akan memastikan orang tengah akan dimansuhkan, dari teksi, beras, gula dan elektrik.”

Teksi juga menuntut untuk mengkaji semula penggunaan meter, dan juga menggunakan kereta lain selain Proton yang didakwa mempunyai kos yang tinggi untuk penyelenggaraan.

Difahamkan kebanyakan pemandu teksi yang hadir mendakwa peningkatan kos membuatkan pendapatan mereka berkurangan, dan bantuan kerajaan seperti Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) tidak membantu.

“Pendapatan kami kurang dari penjual goreng pisang, kami tidak mahu jadi kaya, kami cuma mahu mendapatkan rezeki yang halal,” kata Nazli Salleh yang memandu teksi selama sepuluh tahun.

Roslan Shaari berkata, syarikat teksi ini seperti ah long yang sering mengugut mereka setiap hari, dan bertanya tentang bayaran.

“Saya akui ada juga yang tidak mahu menggunakan meter, tetapi mereka tertekan kerana faktor (yang dituntut dalam tuntutan).”

Teksi bercadang untuk mengedarkan pelekat dan T-Shirt yang tertulis “Kami Mahu Permit” dan akan berdemo setiap Sabtu.

P/S: KAH KAH KAH...KALAU NAJIB BAGI PERMIT TEKSI MAKA SENYAPLAH MEREKA INI...NAK PERMIT RUPANYA....!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code