NAMPAK dengan jelas dan terang betapa golongan agamawan dalam UMNO semakin senyap dan sunyi...tiada lagi suara yang menyalak berkiong-kiong. Tiada lagi suara gah membela Islam dari UMNO termasuk Abdullah Sa'amah yang mendakwa MCA adalah kafir yang baik. Mana mereka hilang? Jika dulu Abdullah Sa'amah setelah mendapat RM2 juta sanggup mengeluarkan fatwa miliknya sendiri selak ulamak rasmi UMNO dengan mengatakan undi DAP haram...tapi bagaimana pula sekarang ini yang dengan jelas Soi Lek menentang dan menghina hukum hudud milik Allah? Apa Abdullah Sa'amah dan barisan panel ilmuan Islam UMNO nak kata?
Sejak Soi Lek mengatakan negara yang halang mengamalkan hudud mundur 70 tahun ke belakang, Soi Lek juga kata jika hudud maka rakyat Malaysia seramai 1.2 juta orang akan hilang pekerjaan...benarkah demikian dakwaan Soi Lek wahai ostad dan ostajah UMNO??
Ini belum lagi melibatkan golongan NGO UMNO yang lantang membela Islam seperti JATI dan PERKASA, takkan mereka ini semuanya lari sembunyi di dalam longkang bila dengar suara keramat lagi rahmat iaitu IMAM mereka Chua Soi Lek. Bila dengar saja suara Soi Lek bertutur bab Islam semuanya mengangguk kepala laksana ya...tuanku..benar titah tuanku Lek itu...patik sedia menjunjung di atas batu jemala patik. Inilah luahan dan sokongan padu gerombolan Islam tahi ayam dalam UMNO. Judi halal ada, judi haram ada, arak halal ada, arak haram ada, rumah urut halal ada, rumah urut haram ada...UMNO punya penangan. Tapi itu benar sekali tuanku Soi Lek baginda benar....kata ibni UMNO punya ostad....
KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.
Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.
“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.
Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.
“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.
“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,” tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.
Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.
Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".
Ahad, 21 Oktober 2012
MANA FATHUL BARI DAN MASHITAH IBRAHIM BILA SOI LEK HINA ISLAM???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan