Selasa, 2 Oktober 2012

CEO YAHOO TIMANG CAHAYA MATA LELAKI


Marissa MayerSAN FRANCISCO - Ketua Eksekutif Yahoo!, Marissa Mayer selamat melahirkan seorang bayi lelaki, umum suami wanita itu menerusi satu tweet semalam.

Bayi lelaki Bogue dilahirkan malam tadi. Ibu (@marissamayer) dan bayi dalam keadaan sihat dan kami amat gembira!’ kata suami Mayer, Zachary Bogue dalam laman web Twitter.

Pasangan Mayer dan Bogue telah berkahwin sejak 2009 dan tidak lama selepas dilantik memegang jawatan tertinggi di firma internet itu pada Julai lalu, wanita tersebut mengumumkan bahawa beliau telah mengandung. Beliau adalah seorang jutawan muda yang tersenarai dalam majalah Forbes sebagai salah seorang wanita kaya di dunia- AFP

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code