Ahad, 2 September 2012

VIDEO - ANWAR DISERANG LAGI DI KEDAH...OLEH GENG PERKASA!!!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini diserang semasa memberi tazkirah dan kuliah agama di Kedah!

Menurut saksi kejadian, Anwar diserang sekumpulan ahli yang mengaku PERKASA dengan membaling selipar ke arah mimbar masjid tempat Anwar sedang mengadakan kuliahnya yang dihadiri lebih 200 jemaah di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar dalam rangka jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lalu.

Selain dilempar selipar, anggota Perkasa turut memutuskan bekalan elektrik ke masjid tersebut menyebabkan jemaah bergelap dan kuliah agama diteruskan menggunakan pembesar suara masjid menggunakan bateri.

Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Anwar dan para jemaah dengan mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat itu sebagai pendusta dan ejen Yahudi selain membuat bising dnegan membunyikan hon kereta dengan tujuan untuk mengganggu Anwar memberi kuliah.

Ketua Perkasa yang bernama Dato' Yusof mengugut akan bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta tetapi Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliahnya walaupun bergelap.

Menurut saksi kejadian itu lagi, kumpulan Perkasa berkenaan sudah mengikuti rombongan jelajah Anwar sejak dari Kuala Perlis lagi tetapi mereka tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini sehinggalah kejadian sebentar tadi berlaku selepas solat fardu Maghrib.

Manakala pihak polis sudah berada di perkarangan masjid bagi mententeramkan keadaan termasuk mengusir puak Perkasa dari masjid tersebut tanpa sebarang tindakan diambil dan hanya sampai sejam kemudian.

Anwar kini berlindung sementara di kediaman imam masjid tersebut manakala pengawal peribadinya yang difahamkan cedera kini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pengawal lain mengawal ketat keselamatan Anwar dengan berkawal di sekeliling rumah imam yang kesal dengan kejadian ini.

Sementara itu, pihak PKR kesal dengan tindakan lambat oleh pihak polis walaupun sudah memaklumkan tentang kehadiran Anwar di masjid berkenaan yang mengharapkan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Turut hampir terkena balingan selipar adalah Naib Presiden PAS yang juga ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang menyifatkan kejadian ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima walaupun Umno berulang kali melaungkan slogan memartabatkan Islam aebagai ajaran parti mereka.

Mahfuz turut menempelak Perkasa dengan mengatakan perbuatan biadap mereka sebagai menghina rumah Allah di saat jemaah yang mengimarahkannya sedang tekun mendengar tazkirah tanpa sebarang bantahan dari ahli kariah masjid tersebut.

P/S: INILAH TAMADUN WARISAN PENJAJAHAN UMNO...BELUM KALAH LAGI DAH BUAT ONAR...KALO KALAH NANTI..AKU RASA PERANG TERCETUS GARA-GARA PERKASA DAN UMNO...TAKUT KALAH KOT....TU YANG MENGAMOK SAKAN...NI GENG SETAN TAJAAN TONG MADEY...NABI PORK-PORK UMNO...!!!

SUMBER

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code