HANYA beberapa perkara yang sering menjadi topik serangan gerombolan UMNO untuk menentang kepincangan parti pembangkang sejak akhir-akhir ini yang sudah pun memasuki suku terakhir menghadapi pilihan raya. Antaranya ialah:
1. DAP
UMNO begitu obses dengan DAP, mereka sanggup menyerang dengan berbagai kaedah yang tidak masuk akal termasuk menghadiahkan 'kek najis' kepada DAP Pulau Pinang. Serangan ini adalah kerana mereka tahu bahawa komponen parti bangsa Cina yang mewakili mereka seperti MCA dan GERAKAN sudah tidak lagi menjadi ikutan kepada ramai etnik itu. Oleh itu maka caranya ialah dengan menanam berbagai sumber kebencian kepada DAP dengan berbagai dakyah kotor, seperti DAP komunis, rasis, musuh Islam, Melayu hilang di dunia jika para menteri dari DAP.
Apa yang lebih seronok ialah bila DAP digambarkan sebagai ibu kepada segala pembangkang dan PKR serta PAS adalah sebagai kuda tunggangan. Inilah modus penentangan mereka terhadap pembangkang seluruhnya. Usaha ini semata-mata untuk menarik kaum Malayu lain agar memilih calon-calon MCA atau GERAKAN yang bakal mereka letakkan. Realitinya DAP bukanlah parti yang mewakili kaum Cina sahaja, berbagai bangsa ada di dalamnya termasuk Melayu. Ini yang membuatkan UMNO, MCA, GERAKAN, dan MIC semakin gusar.
2. GABUNGAN PAS DAN DAP
Penentangan mereka juga adalah kerana melihat peluang yang terbuka luas untuk menarik pengundi muda dan atas pagar agar memilih parti kerajaan iaitu BN-UMNO. Ruang yang mereka nampak ialah bila DAP adalah sebuah parti yang agak radikal dalam menerima Melayu sebagai kawan, apatah lagi Islam. Sebab itu mereka cukup marah bila ada MP kalangan DAP menggunakan hadis nabi dengan membaca maksudnya dan sebagainya. Paling marah bila Lim Guan Eng menggunakan model khalifah Islam sebagai teras pengurusan di Pulau Pinang dengan menggunakan nama KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ.
Mereka cuba mencari kelemahan pentadbiran LGE. Sanggup melibatkan anaknya dalam soal menjatuhkan martabat dan kredibiliti LGE. Hakikatnya segala usaha mereka masih belum mampu mengheret LGE ke muka pengadilan, sekiranya benar dakwaan penyelewengan mereka terhadap model politik tersebut.
Manakala bagi PAS sudah tentu teras perjuangan Islam yang tidak kesampaian untuk melaksanakan hudud di Kelantan, menjadi peluru utama mereka menebas dan mencantas gabungan ini. Apatah lagi hudud di Malaysia, malah mereka melihat PAS seolah pejuang mujahid yang kolot dan bersendiri tanpa sokongan komponen lain memberi ruang yang besar untuk mereka memperlekehkan keseluruhan pembangkang.
Serangan utama mereka tertumpu kepada Nik Aziz yang tolak idea penyatuan dengan UMNO oleh moderator Us. Nasharuddin Mat Isa. Berbagai serangan peribadi dilakukan termasuk sesat, jahil dan sebagainya. Tapi bagi dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran mereka gagal membuktikannya.
UMNO menyerang hubungan PAS yang agak Islamik dengan DAP yang bercirikan radikal kebangsaan pada tanggapan mereka. Mereka lupa aspek-aspek murni yang ada dalam penggabungan ini, seperti mengenalkan Islam kepada non muslim sehingga mereka tidak takut dan pelik dengan apa yang dianggap Islam sebagai satu cara hidup.
Serangan konyol mereka sering berulang dengan topik sama bila masih menggunakan "over my death body" oleh Karpal Singh. Meski sudah dijelaskan tapi mereka masih menganggap hubungan DAP dan PAS tidak akan berjaya kerana kelainan aspirasi dan tujuan.
Apatah lagi bila Us. Nasha baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang pedas berhubung isu DAP, telah membuka satu lagi jerangkap samar yang dimainkan oleh media mereka dengan amat licik dan berpengaruh. Teknik ini digunakan agar memberi satu kelonggaran dan dan hukuman yang bakal diterima Nasha juga memihak kepada UMNO. Malangnya percaturan UMNO dalam bab ini tidak menjadi setelah Nasha terselamat dari disingkirkan.
Selain isu hudud yang ingin dilaksanakan PAS dan ditolak DAP, mereka ghairah menentang dengan berbagi cara, tanpa sedar awal-awal lagi Najib telah menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di Malaysia atas dasar tidak realistik. Ini tidak pula menjadi agenda mereka. Nampaknya isu bergabung dengan DAP ini telah banyak mengubah lanskap politik UMNO. Jika dulu mereka bertiga menentang PAS dan DAP nan solo, tapi kini sama hebat. Inilah yang menjadi masalahnya.
3. ISU PERIBADI PEMIMPIN KHUSUSNYA ANWAR IBRAHIM
Isu ini tidak berhenti setakat keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja. Tarikh pembebasan itu tidak memberi kepuasan kepada UMNO menentang pembangkang sehebatnya. CD dan Video lucah Anwar masih disebarkan di merata masjid di Malaysia termasuk di Indonesia.
Mereka masih memberi tanggapan yang buruk dari segi moral, walaupun tiada bukti. Inilah satu faktor kejahatan UMNO yang ditanam ke dalam minda pengikutnya. Mereka sentiasa menganggap Anwar adalah musuh utama yang harus ditumbangkan dengan apa cara sekali pun demi mengekalkan kuasa mereka. Memainkan isu moral yang berulang dengan video lucah, ditayangkan di khalayak. Pengikutnya pula terhangguk-hangguk dan tergeleng-geleng mempercayai dengan 100 peratus.
Apatah lagi setelah DSAI tidak melakukan sumpah laknat yang mereka inginkan. Keyakinan mereka bertambah teguh dengan maklumat ini. Putaran kelucahan ini sering menjadi bahan utama menentang pembangkang keseluruhannya. Isu 16 September kembali menjadi perdebatan, mengaitkian DSAI dengan berbagai bentuk penipuan dan pembohongan. Inilah dakyah yang mereka taburi.
Kebelakangan ini di mana sahaja ada Anwar maka disitulah tempat cat disimbah, batu dibaling, demonstrasi dan sebagainya. Konon menolak kepimpinan Anwar Ibrahim. Setelah berbagai cubaan dari segi moral jijik seperti liwat dan video zina gagal. Kini mereka mula menunjukkan keganasan fizikal dengan menyerang DSAI dengan maki-hamun dan membaling kasut ke dalam masjid.
Sikap semakin berani mereka ini adalah kerana merasakan kuasa yang ada di tangan BN semakin nazak dan semakin mengendur. Ramai pimpinan utama dalam UMNO berpaling tadah. Akibat dari kecewa dengan sikap keahlian pemimpin mereka yang lompat parti. Maka mereka sanggup melakkukan keganasa berbentuk pemberontakan.
Rasanya jika benar-benar mereka tewas maka benarlah akan berlaku rusuhan di Malaysia, ketika itu sekali lagi PAKATAN RAKYAT menjadi mangsa yang dipersalahkan.
4. ISU SELANGOR
Melihat keadaan semasa Selangor sebagaimana yang diketahui adalah negeri yang menjadi idaman kepada para pimpinan negara kerana pendapatan dan kemajuannya. Isu di Selangor antaranya isu air dan Syarikat Talam dimainkan demi menguatkan akar umbi UMNO dan pengikutnya agar percaya bahawa PR gagal mentadbir Selangor. Rentetan peristiwa penentangan yang besar ialah serangan JAIS ke atas gereja dan telah disokong oleh orang buangan PAS iaitu Hasan Ali.
Isu ini heboh diperkatakan sehingga sekarang, termasuk isu openjualan arak kepada remaja bawah umur. Tanpa sedar bakal MB Noh Omar telah songlap beribu ekar tanah rezab untuk kepentingan peribadi.
Isu pemberian air percuma dan berbagai projek seperti projek Langant 2 diputarkan untuk mencari kelemahan tadbiran PAKATAN. Namun sehingga hari ini tidak ada satu pun yang dibawa ke mahkamah.
KESIMPULAN
Inilah isu yang menjadi bahan perjuangan UMNO menentang PAKATAN RAKYAT di mana-mana negeri sekali pun dengan menjaja janji PEMBANGKANG hanya ditaburi sebaliknya hanya janji UMNO saja ditepati...
Padahal bagaimana pembangkang nak buktikan janjinya jika tidak berada di persada kuasa? Ini yang harus dijawab oleh UMNO?
Rabu, 19 September 2012
MODUS OPERANDI UMNO TERHADAP PEMBANGKANG: SATU TINJAUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Kasih sayang PAS-DAP yang tak berbelah bagi.....!
Catat Ulasan