Rabu, 22 Ogos 2012

UMNO HARUS KELUAR DARI KOMPONEN BARISAN YANG DIWAKILI MCA YANG TERANG-TERANGAN PERKECILKAN HUKUM HUDUD...!!!

JELAS dan terang, UMNO harus berani menentang musuh kepada Islam. UMNO harus ikhlas menyatakan kedudukannya dalam BARISAN NASIONAL sekiranya polemik keagamaan yang dimainkan MCA dengan menghina hukum hudud sekali gus telah menjatuhkan martabat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Kata-kata Mahathir yang jelas adalah satu provokasi politik kepentingan diri. Mahathir kini menyatakan kesediaan untuk melaksanakan hudud tetapi 'bersyarat' iaitu PAS mesti masuk UMNO dulu. Seruan ini dilihat sebagai pencetus pertempuran politik lama memandangkan UMNO kini sudah tidak lagi popular sebagai parti yang mendominasi perjuangan Islam. Mahathir sanggup mengeluarkan bidalan 'penyatuan' antara PAS dan UMNO tapi peliknya PAS masuk UMNO. Mengapa Mahathir tidak menyarankan supaya ahli UMNO masuk PAS?

Serampang dua mata yang dikaitkan dengan PAS masuk UMNO ialah demi melarikan diri dari memberikan jawatan Perdana Menteri kepada orang PAS itu saja. Jika UMNO masuk PAS sudah tentu jawatan PM akan secara automatisnya menjadi milik PAS. Tapi ini juga menjadi satu dalih Mahathir untuk menipu PAS. UMNO mengumpan PAS dengan hudud demi sembelihnya sebagai korban politik dari terus menghimpit kelemasan UMNO dan gerombolannya kini. UMNO sebenarnya telah punah dan lari dari topik Islam.

Bila nak mengundi saja maka gendang hudud akan dipalu, sekali gus mengumpan rakyat yang jahil agama konfius dan was-was dengan PAS. Inilah taktik kotor Mahathir. Beliau mengapi-apikan berbagai pihak agar VCD/ kaset/rekod hudud ini terus diputarkan di media arus perdana agar rakyat Islam khususnya memandang sinis terhadap PAS.

Inilah senjata terakhir yang digunakan UMNO untuk menentang musuh ketatnya PAS, melemparkan berbagai tuduhan bersekongkol dengan DAP kafir yang tolak hudud walhal tanpa disedari MCA dan MIC terang-terangan telah lama tolak hudud. Bapa atau watak utama dalam skandal penolakan hudud ini tak lain dan tak bukan ialah Mahathir Mohammad yang dulunya semasa menjadi PM mentah-mentah tolak enakmen jenayah syariah yang dibentangkan oleh PAS.

Kini setelah Mahathir menjadi 'gemulah', sudah mati dari UMNO, dan tiada kuasa lagi. Semakin kuat pula beliau menyalak berkaitan perlaksanaan hudud. Jika Karpal Singh meraung penolakan hudud, kini Mahathir pula benar-benar ingin melaksanakan hudud. Apakah Mahathir sudah mula rasa gementar dan takut dengan 'dosa lampau penolakan hudud' beliau? Atau apakah Mahathir sekali lagi bermain 'batu seremban' dengan membalingkan hudud untuk disambut dengan kemenangn kuasa politik?

Sesungguhnya jika sekiranya benar dan ikhlas UMNO ingin bertaubat dan kembali berada dilandasan yang benar demi perjuangkan martabat Islam dan menjadikan Malaysia negara Islam. Maka amat jelas sekali UMNO dan seluruh ahlinya WAJIB masuk PAS. Biarlah UMNO tinggal sejenak jawatan PM, berikan kepada PAS. Biarlah PAS pula mentadbir. Tengok perubahan. Selagi kerusi panas PM berada di tangan UMNO maka selama itulah hudud bakal diperlekehkan oleh Cina kafir. Lagipun dalam UMNO sendiri, tiada dalam kalangan pimpinannya mampu untuk menunjukkan kebolehan dalam berbagai sudut agama, seperti berceramah agama, khutbah dan imam solat waktu, solat hajat hatta solat mayat sekalipun. Pemimpin Islam harus menjadi KEPALA menerajui berbagai aspek ibadah kepada Allah, baru betul. Malangnya, dalam bab ini pemimpin UMNO kebanyakannya lemah dan lembek, tapi kalau dalam bab 'lagho', seperti hiburan K-POP, dangdut tak payah ceritalah, maksiat, mabuk-mabuk, taukeh kedai arak San Miguel taukeh rokok jenama 'SAAT' dan lain-lain aktiviti yang melalaikan. Nampaknya mereka inilah yang menjadi juara. Jadi bagaimana Mahathir boleh sanggup mengajak PAS masuk UMNO yang buta agama?

Sudah sampai masanya UMNO menyahut cabaran dalam menegakkan hukum Islam. Sudah tiba masanya UMNO berbolong-bolong masuk PAS. Jangan lemah dan tunduk kepada MCA, MIC dan DAP sekalipun. Marilah bersama masuk PAS dan bekerjasama dengan PKR yang juga ramai ahlinya adalah Islam. Jangan bermusuh sesama Islam. Jangan melaga-lagakan musuh beragama Islam. UMNO tidak harus meniru gaya Yahudi dalam memerangi Islam, menjadikan orang Islam sebagai 'makanan' kepada orang Islam yang lain. UMNO harus insaf dalam hal ini.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code