Jumaat, 24 Ogos 2012

SEDAP JER DENGAR AYAT DAN TAJUK KERATAN METRO INI....

USAH NAFI HAK RAKYAT


INILAH tajuk popular yang sering digunakan oleh akhbar milik kerajaan bila menyatakan sesuatu maksud untuk menyokong apa juga perlakuan dan perbuatan kerajaan Malaysia.

Tapi sebaliknya bila kerajaan menafikan hak rakyat Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak. Akhbar ini tidak pula menggambarkan demikian. Bahkan masih terus memprovokasi dengan mengatakan Kelantan dan rakyatnya tidak mempunyai hak kepada hasil minyak yang dimonopoli oleh kerajaan pusat.

Bahkan wang 'ihsan' yang disalurkan kepada JPPK kononnya untuk pembangunan negeri Kelantan masih gagal diberikan pernyataan rasmi oleh pihak JPPK berkaitan jumlah wang tersebut dan tujuan perbelanjaan yang digunakan oleh JPPK tersebut.

Nampaknya dalam isu ini kerajaan masih gagal dalam memberikan aspirasi dan kehendak rakyat yang sebenar, sebaliknya bila kerajaan UMNO khususnya ingin melakukan sesuatu, maka begini dan begitu pulalah alasan dan sebagainya yang akan diberikan oleh cedik pandai dalam UMNO, walaupun tujuan yang ingin dilakukan oleh kerajaan itu tidak menggambarkan kehendak rakyat seluruhnya.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code