Kenyataan 2 orang terpinggir akibat kecewa semasa berada dalam PAS tidak boleh dijadikan ukuran. Seorang kalah dalam pemilihan timbalan presiden parti, lalu merajuk dan bawa diri hingga menolak tawaran lain yang diberikan oleh parti, dan seorang lagi bawa diri akibat kecewa tidak dilantik menjadi MB Selangor. Kenyataan mereka mendesak PAS agar berundur dari PAKATAN adalah sesuatu yang tidak logik sama sekali. Tidak masuk akal.
Nasa tidak wajar mendesak PAS keluar PAKATAN hanya kerana nak jaga imej perjuangan Islam yang dipakai PAS, sinonimnya agak mudah, macam hari-hari nak pakai baju baru sebab nak jaga imej, tapi kita lupa bahawa perkara nak pakai baju baru itu mungkin tidak kesampaian sebab TIADA WANG nak beli baju baru. TIADA KUASA. Kerana kiranya PAS berbuat demikian maka sudah tentu PAS selamanya tidak mampu menegakkan Islam dan hanya menjadi pembangkang seumur hidup. Dulu semasa PAS bergerak secara solo, UMNO juga tolak hudud. Kelantan tidak dapat buat hudud sebab Mahathir tak beri kebenaran. Sama juga dengan sekarang. Manakala UMNO akan bertepuk tangan dengan keadaan ini. Kesempatan ini sudah tentu dimainkan oleh UMNO yang semakin terancam dengan penggabungan PAS dalam PAKATAN.
Soal hudud sengaja ditimbulkan demi menepis tanggapan umum bahawa hanya PAS yang sibuk nak buat hudud tapi UMNO pula bagaimana? Ramai tahu bahawa UMNO juga tidak mahu malah terang-terangan menolak hudud. Tapi ini tidak dijadikan isu oleh puak UMNO sendiri, walhal mereka juga Islam. Nasa takut pada tentangan DAP, sebaliknya lupa pada hakikat bahawa tempat yang Nasa mnengadu sekarang ialah UMNO yang juga takut kepada MCA dan MIC. Mengapa orang Melayu tidak desak UMNO juga harus keluar dari komponen BN kerana MCA menentang hudud?
Begitu juga kegusaran Hasan Ali yang agak bimbang dengan statusnya, bimbang jika PAS benar-benar menerajui Putrajaya maka habislah kariernya. Mengapa Hasan terlalu berdengki dengan PAS yang sibuk nak tawan Putrajaya. Biarlah. Kita tengok betul-betul apakah PAS mampu laksana hudud atau tidak. Ini belum berniaga lagi Hasan Ali dah kata rugi, rugi, rugi. Ini apa? Lihatlah dulu jangan letak masalah di depan. Sedangkan 2 orang musibat ini juga tahu bahawa kalau harapkan UMNO, hudud tak jalan juga. Tapi mereka kini cenderung untuk sokong UMNO yang tolak hudud kemudian marah pada PAS yang bergabung dengan DAP. UMNO bergabung dengan MCA dan MICtak pula dia marah, sebaliknya sokong. Apa hal?
Kes yang seterusnya ialah kes Altantuya, kini sibuklah pula TV3 bangkitkan isu bahawa pihak pembangkang cuba nak kaitkan Najib dengan pembunuhan ini. Lagi tak masuk akal. Sedangkan semua orang tahu, seantero dunia tahu bahawa watak Altantuya ini muncul akibat nak beli kapal selam? Siapa yang nak beli kapal selam itu, sudah tentu Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Najib Razak. Tup-tup tup Altantuya dibunuh. Razak Baginda bebas dan 2 orang lakhabau polis kena hukuman konon terlibat kerana meletupkan bangkai Altantuya. Logiknya apa hubungan polis itu dengan Altantuya? Siapa di sebaliknya? Takkan Anwar Ibrahim atau Nik Aziz atau Hj Hadi yang mengarahkan 2 ekor lakhabau tu bunuh Altantuya, sedangkan mereka ini pun tak kenal Altantuya. Tapi yang lucunya orang yang ada kaitan langsung dengan Altantuya yang bertindak sebagai jurubahasa dan orang tengah dalam pembelian kapal selam mendakwa tak kenal pun Altantuya. Bukankah pelik namanya tu...
Inilah dasar penipuan dan manipulasi tatkala PRU semakin hampir, apatah lagi desas desus laporan dari SB (tali barut UMNO) menyatakan akan berlaku peralihan kuasa secara total. Sebab itu nampaknya Nasa dan Hasan bergolok-bergadai sokong UMNO. Apakah sudah kena umpan UMNO? Setelah melihat masa depan yang kelam dalam PAS. Mana tahu kot-kot terkena janji ditepati Najib untuk melantik mereka berdua jadi PAK MENTERI atau korang-korang jadi SENATOR pun cukuplah...
P/S: RENUNGLAH SENDIRI ALASAN MEREKA INI TAKUT PADA DAP-KARPAL SINGH...APAPUN BIARLAH PAS KE PUTRAJAYA DULU...!!!
0 comments:
Catat Ulasan