Sabtu, 11 Ogos 2012

PAKATAN TIADA HAK BANGKITKAN ISU RCI....KERANA ITU PROJEK BAEKK BAGI UMNO!!!

MENGAPA pemimpin dan rakyat golongan pertengahan nak marah akan isu RCI (Suruhanjaya siasatan Diraja) berkaitan isu pemberian i/c kepada warga asing ini? Sebenarnya apa yang menjadi alasan adalah kerana rakyat asal tempatan dikatakan tertindas dan tertinggal dalam persaingan, sama ada dari sudut pendidikan mahupun ekonomi. Bahkan yang lebih penting ialah peluang pekerjaan. Apatah lagi dakwaan ini semata-mata dilemparkan kepada UMNO yang satu-satunya bertanggungjawab dalam soal ini.

Tanggapan ramai pemimpin terutamanya pembangkang selalu bersikap pesimis sedemikian tak lain dan tak bukan kerana jika adanya jenayah membumiputerakan warga asing maka UMNO akan menjadi semakin kuat. Rasanya pandangan ini juga adalah meleset dan rugi sahaja. Mengapa baru sekarang bila hampir nak mengundi saja maka banyaklah isu membumiputerakan warga asing ini digembar-gemburkan?

Pemimpin yang kecundang dan hilang jawatan dalam UMNO mula lompat parti masuk pembangkang, pemimpin yang tidak dapat keuntungan dan perhatian dalam UMNO maka lari berpaling tadah masuk pembangkang. Pembangkang juga bersikap bidan terjun dan serkap jarang dalam soal ini. Seolah Pembangkang ini adalah ibarat 'Tong Sampah'. Mereka terima siapa saja semata-mata terdesak untuk mendapat sokongan dan sekali gus menjamin kekalahan UMNO di Sabah.

Sikap pemimpin yang sedemikian rupa kini meresap masuk ke dalam Pakatan, hemahnya sangat berbahaya. Mereka sentiasa menganga mulut laksana Sang Seblak menanti umpan. Sudah tentu demi penantian mereka sanggup meranggas apa-apa habuan yang dijanjikan sebelum ini. Jika tidak ditunaikan atau lambat ditunaikan perjanjian mereka dulu kerana masalah teknikal dan sebagainya. Maka tanpa segan silu orang seperti ini sekali lagi akan memperdagangkan diri sendiri atas tiket berjuang demi rakyat berpaling tadah dan sudah tentu sasarannya adalah parti asal mereka iaitu UMNO BN. Maka sekali lagi tampuk pentadbiran Pakatan bakal berkucar lanar.

Meski apapun risiko yang terpaksa dihadapi, namun tugas hakiki jangan sesekali diabaikan. Tugas hakiki tersebut ialah memastikan BN umumnya tersungkur dulu. Percaturan kemudian bakal menyusul. Inilah matlamat sebenar kita. Justru itu soal kemasukan warga haram menjadi halal oleh UMNO juga harus dilihat dengan serampang yang berbelah bagi, bukan hanya dua atau tiga mata. Jika BN dapat berbuat demikian demi kuasa. Maka apa salahnya jika Pakatan juga bermain helah sedemikian?

Marahnya pimpinan Sabah dan semenanjung kerana warga haram dihalalkan bukan sebab apa sangat, tapi adalah bersebabkan kerana mereka ini mengundi BN!!! Coba kalau mereka ini undi Pakatan. Siapa yang untung? Masih marahkah lagi Pakatan? Sebaliknya yang benar-benar marah ketika itu ialah BN.

Oleh itu, jika RCI ini benar-benar telus. Siastan haruslah menjuruskan kepada orang yang bertanggungjawab memberi kad pengenalan itu bukan orang yang menerimanya sahaja. Soal isu ini dimainkan bukanlah satu buyers kepada mana-mana parti tapi soalnya jika ini berlarutan, hak keistimewaan bumiputera Sabah juga menjadi satu pertikaian yang tidak berkesudahan. Selagi wujudnya warga asing yang diberi kad pengenalan ini memangkah BN maka selagi itu penduduk tepatan akan terancam. Berpunca dari inilah maka pakatan menimbulkan isu ini agar dapat memelihara hak-hak yang benar lagi nyata.

Kesimpulannya, setelah Najib turun ke Sarawak semalam dan diikuti Anwar Ibrahim hari ini, nampaknya persengketaan meraih undi sekali ini amat gamat sekali. Ramai yang tidak senang duduk terutamanya dalam kalangan UMNO, kejutan demi kejutan bakal bersinar ke dalam kantung Pakatan. Semoga sekali ini kejadian yang ditakuti UMNO menjadi pembangkang kian menjadi realiti....Soal RCI usah digusarkan. Yang penting beresi UMNO dulu....Lagipun RCI sudah terlambat dan sengaja dilengahkan untuk menyelamatkan batang tengkuk Tun Mahathir. Biarlah dia mati dulu baru boleh dakwa. Bawa Tok Hakim dan Pendakwa raya ke kubur, sediakan Ghani Patail untuk menjadi loyar...!!! Baru boleh dakwa...selagi hidup ni payah sebab banyak ranjau dan benteng yang sedia pertahankan beliau.

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code