Ahad, 12 Ogos 2012

NAZRI AZIZ 'BAPA ULAR'

SETELAH menggelarkan Anwar sebagai bapa katak tanpa usul periksa, maka benarlah jika Nazri Aziz diberi jolokan 'Bapa Ular' kerana sentiasa tidur dan tidak tahu kepala ekor tapi lantang melemparkan tuduhan sembrono. Bapa Ular ini kerjanya tidur saja. Ada peluang dia 'ngap' saja. Bila kenyang dia tidur balik.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diingatkan agar menyemak semula sejarah pada 1998 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun tersebut, negara mencatat sejarah apabila Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat dari Umno oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, tegas Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, tidak timbul isu Anwar melompat parti sepertimana yang dikatakan Nazri.

"Jangan kerana sikap terlalu ingin mempertahankan BN dan Umno, sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa meneliti semula sejarah, dan hanya memperlihatkan kebodohan sendiri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nazri yang mengatakan Anwar sebagai 'bapa katak' ekoran tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah bertindak keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Shamsul berkata, soal lompat parti itu bukan satu perkara penting, sebaliknya punca mengapa seseorang itu lompat parti lebih penting.

"Saya sendiri tidak berapa minat menggunakan istilah lompat ini kerana ia mendatangkan impak negatif, sedangkan sebenarnya tidak ada masalah pun istilah lompat itu. Bagi saya yang penting, mengapa seseorang itu berpindah atau bertukar parti," tegas beliau lagi.

Shamsul juga menegaskan kebanyakan pemimpin BN yang bertindak keluar parti adalah atas kehendak mereka sendiri, dan tidak seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar parti menyokong BN.

Tidak seperti BN, dakwa beliau kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai BN dikatakan mendapat laba bagi seperti beberapa bukti yang sebelum ini didedahkan PKR.

"Berbanding di pihak Pakatan Rakyat, ramai yang berminat menyertainya atas kesedaran sendiri. Jika tidak (ada unsur rasuah), sudah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan," tegas beliau.

Dalam pada itu, Shamsul berharap Nazri berpijak di bumi nyata dengan fenomena penyertaan pemimpin dan tokoh Umno ke Pakatan Rakyat, sama ada PAS atau PKR.

"Terimalah hakikat, semakin ramai yang tidak berminat dengan BN. Berpijaklah ke bumi nyata," kata beliau lagi.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code