Jumaat, 10 Ogos 2012

NAJIB KOHO DUK BELAWOK KUTSIR GITU JAHH...!!!

KALAU kita tidak berapa Islamik, lebih baik kita jangan berkempen menggunakan isu Islam sebagai meraih undi daripada rakyat. Kalau air muka kita pun nampak komoh semacam saja. Pakai rantai beruk lagi kat batang tengkuk, lebih baik mengelakkan diri dari bercakap berkaitan Islam. Buat malu pada sang muallaf saja... jika kita tak pernah jadi imam dalam mana-mana masjid tapi hanya jadi tok imam kepada Rosmah dan Chua Soi Lek lebih baik kita tutup mulut dan jangan bercakap tentang Islam. Lebih baik kita comor tahi di muka, biar orang semua berbau dan tahu bahawa itu adalah tahi. Jika jahil buatlah cara jahil...jangan nak memandai...

Najib: Tema Janji Ditepati selari tuntutan Islam

KUALA TERENGGANU - Tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati' sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya.

"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat.

Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Najib berkata dalam Islam jika setiap janji itu tidak dikotakan ia boleh dianggap sebagai munafik.

"Jadi kita sebagai sebuah kerajaan kita janji akan tepati janji itu. Kita bersedia ditolak rakyat kalau janji itu tidak kita tunaikan...kita sesama manusia pun perlu tunaikan janji, nak berniaga pun mahu berurusan dengan yang menepati janji dan kerajaan pun kita mahukan kerajaan yang menepati janji".

Beliau berkata disebabkan itu tidak perlu mana-mana pihak untuk takut kepada tema Hari Kebangsaan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat berada dalam sebuah negara yang makmur seperti Malaysia.

"Dalam bulan puasa ini kita dapat menjalani ibadah dengan sempurna tidak seperti di negara-negara lain.

"BN telah berjaya membela rakyat melalui pelbagai program dan berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada BN," katanya.

Najib kemudiannya menyampaikan sumbangan ihsan Ramadan kepada anak yatim, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Beliau selepas itu menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Padang Nenas dan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu
sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - Bernama

P/S: LUCU SUNGGUH BILA ORANG SEPERTI INI BERCAKAP SEMACAM ALIM SANGAT...TAPI HEMMMPHH HAMPEH....JANJI DITEPATI ITU ISLAM...TAPI APA JANJI YANG NAJIB TEPATI...??? JANJI RM 500, JANJI BAGI TAYAR...INI BUKAN JANJI...INI MUNAFIK NAMANYA...!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code