'PADAN muka' itulah ungkapan yang selayaknya bagi kaki ponteng posa bila mamak membelasahnya dengan harga yang mahal kerana membeli sebungkus nasi kandar di siang hari, waktu semua perut orang lain kosong berpuasa, dia secara curi-curi meminta si mamak nasi kandar bungkus nasi untuk mengisi perut butanya yang tidak posa....adoiii makkk kawww...amekkk kawww mahal beb...
Inilah Allah bayar cash pada orang yang tak posa. Di bulan mulia ini kita kena amek iktibar...jangan takut berpuasa. Itu hukum Tuhan.
Terkejut, Harga Sebungkus Nasi Kandar RM18.50 : Seorang lelaki berasa terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi kandar.
Lelaki tersebut seorang pemandu bas pekerja industri terkejut dengan harga RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sebuah restoran di Kulim.
Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter.
Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.
“Nak buat macam mana. Saya nak bersahur terpaksa juga membayarnya (bersahur tengah hari bang). Saya kemudian mengadu kepada seorang rakan yang menjual nasi di pasar Ramadan dan dia beritahu penjual nasi restoran sedemikian akan hantam siapa saja yang tak posa....
Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan permasalahan itu dan ia harus ditangani segera.
Menurutnya, pengusaha restoran tidak seharusnya menaikkan harga makanan dengan sewenangnya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka.
“Penguna yang terlibat seharusnya boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna untuk memastikan mereka tidak ditipu.
“Apabila restoran mengenakan harga yang terlampau, pengguna harus bersikap terbuka dan meminta resit pembayaran. Mereka kemudian boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan dan menyerahkan laporan dibuat kepada persatuan pengguna,” katanya.
Menurut beliau, hanya dengan cara itu pihak persatuan boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik premis terlibat.
P/S: INILAH KISAH PUTAR ALAM BERITA UTUSAN MELAYU...KAH KAH KAH....PADAN MUKA KAKI TAK POSA....
Rabu, 1 Ogos 2012
MUSLIM TAK POSA KENA BELASAH DENGAN MAMAK NASI KANDAR....PADAN MUKA...!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan