Ahad, 12 Ogos 2012

JELAS, MAHATHIR ADALAH BAPA PENOLAK HUDUD UMAT ISLAM...

PATUTLAH umur panjang, sebab jahil agama. Biasanya orang jahil agama Allah akan bagi usianya panjang supaya ada tambahan masa untuk bertaubat. Jika sudah tersesat sempat bertaubat dan berpatah balik. Sayangnya 'masa' itu tidak mungkin berpaling kembali. Jika semasa Mahathir dulu, hudud dibenarkan dilaksanakan di Kelantan, maka sudah tentu PAS kini tidak ada tentangan dari Karpal Singh. Sebab masa itu PAS belum bersatu dengan DAP. Sebab Mahathirlah maka hudud semakin sukar untuk dilaksanakan. Apatah lagi isu ini juga mendapat tentangan yang kuat oleh kerajaan UMNO Najib. Mahathirlah yang bertangungjawab sepenuhnya atas kegagalan PAS melaksanakan hudud. Bukan Karpal Singh.

MARANG – DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam.

Dalam nada sinis, Abdul Hadi berkata, Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam, pun juga sudah lama menolak hudud.

“Umno menentang hudud dalam keadaan dia (Umno) ada kuasa (membenarkan atau tidak hudud dilaksanakan). DAP tidak ada kuasa dan yang ada kuasa adalah Barisan Nasional (BN).

(Dengan kuasa yang ada padanya) Kerajaan Pusat pernah hantar surat kepada Kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksanakan hudud, Kerajaan Pusat akan bertindak.

Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bawa hudud ke mahkamah. Umno tolak hudud sebelum Pas berpakat dengan DAP lagi,” katanya di sini, semalam.

Menurut Abdul Hadi, itu jelas menunjukkan bahawa isu penolakan hudud oleh DAP semata-mata digembar gembur oleh media tertentu untuk menunjukkan kepada rakyat seolah-olah berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita kesal kerana gembar-gembur seperti ini sekali gus memberikan gambaran buruk terhadap Islam sendiri," katanya.

Meskipun demikian, kata Abdul Hadi, sebagai rakan sekutu dalam PR yang memperjuangkan pemerintahan Islam, Pas akan terus berusaha menjelaskan kepada pemimpin DAP termasuk Karpal mengenai prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu.

"Orang bukan Islam, dia tidak tahu, jadi tanggungjawab kita untuk terang pada dia," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah dilaporkan berkata, individu pertama menghalang Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Karpal Singh.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam menerangkan kepada bukan Islam mengenai hudud dan aspek keadilan sosial dalam agama suci itu namun kerajaan yang ditunjangi Umno ebaliknya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat ALLAH.

“Kena ada negara Islam yang betul-betul melaksanakan syariat, yang menunjukkan Islam adil kepada semua orang. Baru tahu siapa lawan, siapa kawan. Umno tidak menunjukkan contoh yang baik tetapi Umno sering memberikan gambaran buruk mengenai Islam dalam menyatakan penolakannya terhadap perjuangan Pas.

“Pemimpin Umno merosakkan wajah Islam sehingga ada orang Islam sendiri menganggap politik suku agama suku. Parti itu juga menganggap pentadbiran tidak ada kena-mengena dengan agama, buat rasuah kemudian pergi umrah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno menunjukkan contoh yang baik dalam memberikan kefahaman mengenai Islam sebenar yang diajar oleh Nabi Muhamad SAW kepada orang Islam sendiri, juga kepada bukan Islam.

Dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam, Dr Mahathir menafikan anti Islam seperti yang didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak melaksanakan hukum hudud pada zaman pemerintahannya.

Menurutnya, ketika era pentadbirannya, Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam dan beliau tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut Pas dan tindakan itu tidak boleh disamakan dengan DAP.

REAKSI PEMIMPIN PAS:

Mengikut hukum Islam, penganut agama lain boleh tolak hukum Islam, namun orang Islam tidak boleh lari daripada hukum ini yang telah tercatat dalam al-Quran. Sebab, itu Pas mengatakan akan melaksanakan hudud terhadap orang Islam sahaja. Kalau DAP sebagai sebuah parti mahu menolak hudud, ia tidak jadi masalah kerana hudud hanya akan dilaksanakan kepada umat Islam dan DAP tidak terikat dengan hukum ini kecuali kalau mereka mahu menerima hukum itu, kita kena lakukan.” - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin

"Pas hormati pandangan dan hak agama lain seperti mana Islam yang tidak memaksa orang bukan Islam menganutnya. Orang bukan Islam memang tidak boleh dipaksa untuk menerima Islam kerana perkara itu telah dijelaskan dalam al-Quran. Ini termasuk dalam isu hudud. Sebaliknya Umno yang harus malu kerana menolak pelaksanaan hudud. DAP menolak hudud bukanlah sesuatu yang pelik tetapi apabila Umno, sebuah parti orang Melayu beragama Islam enolak hudud, itu baru pelik.” - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin

"Sebagai kerajaan pemerintah, Umno tidak berjaya memberi penerangan yang tepat mengenai Islam kepada bukan Islam. Maka tidak hairanlah ada pihak yang mempunyai tanggapan yang negatif terhadap hukum Islam, malah ada yang menolaknya. Selama lebih 40 tahun, Umno terus menerus memburuk-burukkan hukum Islam contohnya ada pemimpin Umno yang kata, kalau laksana hudud negara tidak akan maju sebab ramai orang tidak ada tangan. Sebagai parti Islam, Pas akan teruskan usaha memberi penerangan mengenai keindahan Islam yang tidak dilakukan oleh Umno." - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad

"Walaupun DAP tidak setuju dengan hudud, parti itu tak pernah memerangi atau menentang Islam. Bukan DAP saja, MCA pun tolak hudud malah Umno sendiri juga tak terima hudud. Orang bukan Islam macam DAP memang berhak olak hudud tetapi yang Umno tolak hudud itu, pasal apa pula? Sebagai parti Islam, kita (Pas) akan terus berusaha memberi gambaran jelas mengenai hudud kepada DAP supaya mereka tidak terus terkeliru mengenai undangundang Islam seperti sekarang. Kita akan cuba mendapatkan persetujuan DAP tetapi buat masa sekarang, mereka masih keliru." - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

P/S: PAS BERSATU DENGAN DAP DISEBABKAN KEDEGILAN UMNO UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD. SEKALI GUS SIKAP UMNO TERSEBUT SAMA SAJA DENGAN DAP. BAHKAN DAP LEBIH BAIK UNTUK DIJADIKAN KAWAN KERANA JELAS ORANG KAFIR TOLAK HUDUD ADALAH PERKARA BIASA. MAHATHIRLAH YANG BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA JIKA PAS GAGAL LAKSANA HUDUD DI KELANTAN. MAHATHIRLAH BAPA PENOLAK HUDUD DI MALAYSIA....

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code