ROPA-ropanya mendedahkan kesalahan orang lain adalah satu jenayah yang berat. Ropa-ropanya Bank Negara melindungi penjenayah, ropa-ropanya bank yahudi di negara ini lebih suka bela syaitan...kepala hotak betoiii laa...
Wang haram dan pendapatan haram tidak pula menjadi kesah oleh bank, tapi bila maklumat bocor, ianya jadi satu jenayah. Orang yang bekerja dengan bank dan institusi kewangan sudah muak dengan siri penyelewengan pemimpin UMNO dalam tadbir urus wang negara, sebab itu amat wajar jika maklumat ini disebarkan kepada rakyat, biar rakyat tahu keserakahan ini.
(Rafizi bercakap kepada Nurul Izzah, Dr Dzulkefli Ahmad, Peguam N Surendran, Nik Nazmi dan Haniza Talha di perkarangan mahkamah Shah Alam)
SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini menjelaskan pihak polis datang kerumahnya kira-kira jam 6.50 pagi tadi.
"Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi.
"Lebih kurang 10 orang pegawai yang datang iaitu lima daripadanya adalah pegawai dari Bank Negara," jelasnya.
Tambahnya lagi, beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA).
"Selepas ditahan, saya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk buat laporan polis berhubung penahanan saya sebelum dibawah ke mahkmah.
Turut ditahan pagi tadi dan hadir di mahkamah seorang lagi individu, Johari Mohamad yang didakwa bertanggungjawab mendedahkan dokumen berkenaan kepada Rafizi.
Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Sebelum itu turut hadir di mahkamah pagi ini adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Sementara itu, Peguam N Surendran bertindak sebagai peguam yang mewakili beliau pagi ini.
P/S: UNDANG-UNDANG IBLIS MENSYARATKAN SIAPA YANG INGIN MENJADI KEBAL, KAYA DAN TAMPAN...MAKA DIKEHENDAKI MEROGOL DARA ATAU JANDA, BAHKAN BINI ORANG SERAMAI 40 ORANG DENGAN GELARAN ORANG MINYAK...MAKSUDNYA BUAT 'JENAYAH SEDAP' DULU BARU DAPAT KEMEWAHAN...
UNDANG-UNDANG SYAITAN PULA IALAH ORANG YANG MELAPORKAN KECURIAN DITANGKAP, TAPI PENCURI PULA BEBAS...SIOL...
UNDANG-UNDANG TOYOL (INI KERJA KHIR TOYOL) ORANG YANG BERHUTANG TAK PAYAH BAYAR HUTANG DAN DAPAT ENJOY DENGAN WANG PINJAMAN...TAPI YANG MELINGKUPNYA IALAH PENJAMINNYA YANG MENOLONGNYA...BARUA PUNYA TOYOL...!!!
0 comments:
Catat Ulasan