Ahad, 1 Julai 2012

VIDEO GUAN ENG DISERBU AHLI PERKASA : PERKASA WAJAR DIHARAMKAN



VIDEO ini adalah rakaman dari TV9 yang nyata menjelaskan bahawa pihak polis berjaya mengawal keadaan. Padahal Lim Guan Eng sempat ditolak oleh mereka.

Sudah sampai masanya PERKASA yang menjadi proksi/alat kepada UMNO diharamkan. Kejadian ini dengan jelas menunjukkan kelantangan mereka sebagai penunjuk perasaan yang mampu memberi impak yang bessar dan sanggup mencetuskan huru-hara. Sepatutnya sebagaimana yang disarankan oleh Sifuddin semasa sesi debat tempoh hari. Jika tidak berpuas hati maka, gunakanlah saluran yang betul. Tapi..? Apa yang berlaku nampaknya sikap ganas rakyat keturunan UMNO ini langsung tidak berbuat demikian.

Polis pula seolaha memilih bulu dalam soal ini. Jika para pemimpin UMNO, sudah tentu penunjuk perasaan seperti ini sudah pun dilokapkan. Tapi apa yang paling sedih ialah sama sekali tiada tindakan agresif dipihak polis. Nampak sangat polis anti-pembangkang.

Ahli wira Perkasa ini nampaknya masih setia dengan Koh Tsu Koon. Mereka rasa seronok jika Cina yang sokong BN ini mentadbir P.Pinang, walaupun di zaman GERAKAN dulu, lebih teruk lagi pentadbirannya.

Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

“Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.

“Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.

Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.

“Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas,” ujarnya.

Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.

Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.

“Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri,” katanya.

Lim Guan Eng

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code