Ahad, 29 Julai 2012

UMNO SABAH DAN UMNO KELANTAN DUA-DUA TAK DAK TELOQ...GERUN....!!! NAJIB TINGGAL TELOQ DAN HOT DOG 'HANGIT' DI BANGKU...

Ini dia Hot Dog hangit Najib dan teloq busuknya yang dah berkulat tu....tinggal di sini....di bangku muzium kah kah kah!!!

APA yang sangat menarik bila membincang epik siri-siri kisah ketakutan UMNO dan gerombolannya bermula dari pucuk pimpinan hinggalah ke pimpinan negeri-negeri tadbiran UMNO. Dayusnya UMNO bukan bermula sehari dua ini, tapi bermula sejak negara mula-mula nak merdeka lagi.

Datuk, nenek-moyang UMNO yang didakwa sebagai pejuang Melayu tapi hingga hari ini UMNO sendiri ditubuhkan atas nama orang putih. UNITED MALAY NATION ORGANISATION - Sepatah haram pun tak ada bahasa Melayu...konon berjuang dan martabatkan Bahasa Melayu...tapi hampehhh. Inilah tanda permulaan pengecutnya pimpinan UMNO...nak tukar bubuh nama Melayu pun sudah takut, hingga kini masih beroperasi dengan nama penjajah.

Penakutnya UMNO bermula sejak saat-saat nak merdeka, hingga kini dah masuk ulang tahun yang ke 55 tahun merdeka. Mempopularkan kehebatan merdekanya Tanah Melayu dari tangan British. Rakyat umumnya gembira negara merdeka, tapi merdeka dengan UMNO yang takdak teloq. UMNO tidak berani pertahankan tanah air dari menjadi mangsa kepada transitnya warga asing menjadi warga tetap. UMNO tak berani nak berperang pada masa itu. UMNO takut dan hanya mampu sembah lutut mohon ampun pada penjajah British dengan memohon kemerdekaan dengan mengadakan beberapa siri perhimpunan haram.

Namun sebab takutnya nak berperang maka UMNO sanggup jilat kaki orang putih dengan mengatakan kamu bagi aku nerdeka tapi orang putih kata kamu ambik Cina sebagai rakyat kamu...maka tersengeh-sengehlah UMNO setuju dengan permintaan penjajah itu. Akhirnya orang Cina telah mengimport masuk warganya hingga berjuta-juta orang demi mencari suaka dan warganegara baru di sini. Hingga di era 50an telah ada propaganda dari kaum Cina di Malaysia mentarbiyahkan kaumnya agar mempunyai anak yang ramai, seramai yang mungkin. Sebab itu pada era tersebut ramai orang Cina memiliki anak yang ramai hingga berbelas-belas satu keluarga.

Begitu juga dengan India, bagaimana hingga bertahun-tahun kemudian selepas merdeka, orang putih masih mempunyai harta dan estet yang dijalankan oleh kaum India. Walhasilnya orang India juga jadi sebahagian dari warganegara Malaysia, Inilah sejarah besar ketakutan UMNO yang disembunyikan dari pengetahuan umum. UMNO selamanya penakut dan pengecut. Apa yang terjadi dah pun terjadi. Kalaulah masa boleh berundur...

Mula-mula saja nampak gah dan berani, namun semakin hari-semakin merudum nilai moral yang ada dalam UMNO. Sedikit demi sedikit hak bumiputera terpaksa diratah warga asing yang menjadi warganegara tetap Malaysia. UMNO semakin dayus pertahan kekebalan ini, bahkan demi kuasa, UMNO sanggup menjual i/c kepada orang luar sebagaimana yang didakwa oleh Bumburing.

Akhirnya UMNO juga sesat dan tunduk bila Chua Soi Lek semakin berani menentang orang Melayu yang ingin buat hudud di Johor. Hingga Soi Lek kata orang UMNO hilang akal untuk berbuat demikian. Tapi malangnya, tiada apa reaksi dari pucuk pimpinan UMNO. Takut sungguh UMNO.

Antara kisah yang baru terbongkar ketakutan UMNO ialah bila ada gerombolan dalam UMNO derhaka kepada perjuangan parti tapi UMNO masih simpan dan dayus dalam membuat keputusan. Sebaliknya jika PAS pecat Hasan Ali atas kecelupran dan tidak sehaluan dengan parti, bahkan memanjat pentas parti lawan. UMNO cepat mengutuk PAS, UMNO kata PAS begini dan begitu. Tapi PAS berani berbuat apa saja demi kepentingan parti, bukan macam UMNO yang semakin dokos dan komos bila berdepan dengan ahlinya yang murtad.

Antaranya ialah kisah Y.B Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Kadir b. Haji Sheikh Fadzir, tiada apa yang UMNO ambil tindakan, bukan apa tapi sebab takut. Sehingga akhirnya Dato' Seri Panglima Abdul Kadir sendiri mengambil keputusan untuk keluar daripada parti UMNO. Begitu juga sehingga kini Dato' Tamrin Tun Ghafar yang petah berceramah di podium pembangkang masih bebas dan tiada tindakan diambil terhadapnya. Logiknya mengapa demikian? Sesungguhnya UMNO tidak berani dan takut untuk bertindak, kerana banyak rahsia yang terkandung dalam kocek tokoh-tokoh seperti ini. Takut sungguh UMNO.

Betapa takutnya pemimpin UMNO SEHARI DUA INI...bila mana UMNO SABAH sekali lagi dayus untuk membuat keputusan kedudukan Lajim Ukin yang membaca talkin di telinga Najib. Musa Huru-hara tidak berani memecat Lajim Ukin selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apatah lagi setelah memandang kekelaman masa depan BN di Sabah. Musa Aman telah menyerahkan segala tindakan kepada pusat kerana beliau sudah tidak mampu lagi mengawalnya. Sudah tidak keruan lagi untuk menjaga Lajim hatta kedudukan sendiri juga kian tergugat ekoran banyaknya hasil mahsul bumi ditarah Musa dan anak-beranaknya.

Rakyat semakin sedar sekarang, begitu juga dengan sifat takut dan gerunnya UMNO Kelantan bila mana pengerusi perhubungan UMNO dan konco-konconya tidak berkata apa-apa setelah didesak bertali arus bila ahlinya menentang dasar parti. Konco UMNO Kelantan juga tidak berani menegur bahkan kata 'eh' pun tidak bila Tg Razaleigh jelas mendesak pusat memberi keputusan dalam pemberian royalti minyak ke Kelantan. Suara lantang Tg Razaleigh bukan perkara baru, malah beliau konsisten dalam perjuangkan hak royalti minyak Kelantan. Namun apa tindakan yang diambil terhadap beliau setelah permintaan ini sekali gus menentang dasar UMNO yang menganaktirikan Kelantan hanya kerana ditadbir pembangkang?

UMNO takut untuk berbuat apa saja tindakan terhadap Ku Li, apatah lagi beliau adalah veteran parti yang mungkin dapat menggugat kedudukan Najib selaku PM. UMNO Kelantan tidak berani sama ada mengekalkan Ku Li sebagai calon atau tidak dalam PRU nanti. Namun ingat, jika tiada Ku Li di Gua Musang...rasanya UMNO akan lingkup lagi, meski Najib berhabis membelanjakan wang ringgit menyogok rakyat negeri ini sekalipun, tanpa Ku Li Gua Musang seolah sepi tanpa berita.

Banyak lagi epik kisah kegerunan UMNO yang boleh dibincangkan, untuk hari ini, cukuplah setakat ni dulu...Namun keputusan kes yang terbaru antara Lajim, Bumburing (sudah out sebab beliau isytihar keluar UMNO) dan Ku Li bakal menentukan jantan atau betinanya UMNO.


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code