Jumaat, 20 Julai 2012

RAHIM NOOR KENA PARKINSON.....!!!

ITU baru 'PENAMPAQ TAWAR' jer tu..belum kena 'PENUMBUK SULONG' TGNA lagi, dah kena penyakit parkinson....terketaq-ketaq bawa teloq kecut. Penakut rupanya...ingatkan pemberani...dey berani buat berani tanggunglah dey...

SETELAH menuduh TG Nik Aziz sebagai 'Bapa Kafir', Rahim Noor cirit, lari lintang pukang sembunyi bawah katil. Gerun dan gementar bila TG Nik Aziz menyamannya sebanyak Ringgit Mahathir 10 juta. Itu hamya kena saman saja. Jika kena 'penumbuk sulong' TG Nik Aziz LEBAM BIJIK MATA. PINGSANG WOIII....AYO YOOO...AMMAAA, APPAAAA....WA TAKUT LOOOOLLL...

Mengapa nak tarik balik saman, kalau tak saman ramai penyokong UMNO kata, samanlah...bila dah kena saman...takut pulak....dasar manusia pengecut. Berbagai alasan dicari demi mengelak diri dari disaman...dey macha...apa mau takut...hadapilah!!!

KOTA BHARU: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor memfailkan saman dalam kamar bagi membatalkan tuntutan dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 Julai lalu memohon tuntutan ke atasnya dibatalkan atas alasan saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan tidak menepati kehendak Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi Malaya 1980.

Peguam Hisham Fauzi berkata, mahkamah menetapkan pendengaran saman dalam kamar tersebut pada 28 Ogos akan datang di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Hisham bersama pasukan peguam termasuk Hanipa Maidin dan Aminudin Zulkipli mewakili Menteri Besar Kelantan.

Manakala Rahim diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun dan Datuk Firuz Husin Ahmad Jamaludin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz memfail saman terhadap bekas Ketua Polis Negara terbabit ekoran kenyataannya dalam akhbar New Straits Times bertajuk “Nik Aziz is father of kafir” yang disiarkan pada 8 Mei lalu.

Sebelum ini Rahim bersama enam lagi defendan didesak menarik balik berita fitnah tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada plaintif.

Plaintif juga menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di akhbar New Straits Times.

Selain Rahim enam lagi dinamakan sebagai defendan iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Imran Abdullah, Abdul Jalil Hamid, Syed Nadzri Syed Harun dan The New Straits Times Press (M) Bhd.

Ekoran kenyataan tersebut penyokong PAS dan orang ramai membuat beberapa laporan polis terhadap Rahim yang disifatkan mereka sebagai melampau.
PAKDOE ALLAN
SUMBER

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code