Ahad, 29 Julai 2012

NAJIB KENA JETIK BATU KOTA - ADOII MAKK SENGALLL NYA WA PUNYA ANU....!!!


SEMAKIN banyak Najib memborosi harta perbendaharaan negara demi menyelamatkan batang tengkuknya dari di gelar ketua pembangkang. Semakin sengal juga 'batu kota' Najib dijentik...Adoihhh sengal bangat bang...Ibarat kata "manggil wor" (panggil nenek-moyang) Najib setelah batunya di jentik orang lain...sebelum ini hanya Rosmah saja yang berani jentiknya sampai tersengeh-sengeh sakit...terperit-perit mata...

Setelah simpanan tetapnya Sabah kini goyah dan goyang. Tsunami Sabah bakal menentukan jatuh bangunnya UMNO dan BN seluruhnya...mampoiiislaa...

Perletakan jawatan dua pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) Sabah dari parti tersebut memberikan tamparan hebat pada ketika parti pemerintah itu sudah bersiap-sedia untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Episod terkini pemberontakan terbuka pemimpin BN Sabah tidak menyenangkan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) yang selama ini mendakwa Sabah adalah 'simpanan tetap' BN.

“Kejatuhan BN akan datang lebih cepat daripada kemudian dan tidak dapat dielakkan," kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua.

Sebentar tadi bekas timbalan ketua menteri (TKM) Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang baru ditubuhkan.

Semalam, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga ahli majlis tertinggi Umno meletakkan semua jawatan dalam Umno dan BN.

Kedua-dua ahli politik itu menubuhkan gerakan politik baru yang mesra PR — Bumburing melancarkan APS di Tuaran manakala Lajim akan melancarkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di Beaufort petang nanti.

Menurut Pua, Bumburing dan Lajim telah kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib (gambar) sebagai pengerusi BN.

“Kekuasaan Najib semakin goyang setiap hari, terutamanya selepas menangguhkan pilihan raya yang sepatutnya diadakan tahun lepas lagi,” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Yang nyata, lebih lama beliau tangguhka pilihan raya, lebih banyak masalah yang akan timbul dikalangan pemimpin BN dengan meningkatnya ketidakpercayaan mereka terhadap kepimpinan beliau,” katanya lagi.

Sementara itu, pengarah strategic PKR berkata, perkembangan terbaru tidak hanya besar di Sabah akan tetapi menyemarakkan lagi peluang PR untuk mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

“Dengan Wilfred Bumburing juga keluar, kita akan melihat perpaduan tenaga yang akan menguatkan Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ini sudah pasti akan merubah prospek pilihan raya di Sabah dan dengan mudah 10 kerusi parlimen BN sedang berada dalam keadaan bahaya di Sabah.”

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempunyai pandangan serupa dengan rakan-rakannya dari PR.

“Kita melihat ini sebagai satu momentum dan kita percaya selepas ini lebih ramai akan tampil ke hadapan untuk bersama Pakatan Rakyat (PR),” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz percaya, Najib akan menangguhkan lagi pilihan raya oleh kerana memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah serius ini.

“Saya percaya, jika Najib tunggu dengan lebih lama, tindakan seperti Lajim dan Bumburing akan mempengaruhi lebih ramai.

“Sama ada pilihan raya mengejut atau tidak, ia akan menguntungkan PR.”

Teka-teki mengenai tarikh pilihan raya telah lama berlaku walaupun ianya perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

Baru-baru ini, difahamkan melaporkan tentang kemungkinan pilihan raya akan dipanggil selepas perayaan Aidilfitri pada bulan September.

PR akan memberikan lebih tumpuan kepada Sabah dan Sarawak oleh kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai 57 kerusi parlimen termasuk Labuan, 25 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi.

Pada pilihan raya 2008, Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan BN daripada terlepas Putrajaya ke tangan PR apabila BN memenangi 55 kerusi dan PR menang 2 kerusi.

Walaubagaimanapun, BN kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen apabila PR memenangi 80 kerusi parlimen.

P/S: .LAJIM UKIN TETAP BACA TALKIN KAT TELINGA NAJIB...BUMBURING PLAK BAKAL KELUBUNG KAIN PUTIH KAT MUKA MUSA AMAN YANG SUDAH HARU -BIRU ITU...SETELAH HABIS BALAK DAN TANAH SABAH DIBEDAL PUAK-PUAK SHAFEI AFDAL, MENTERKEDARAH HARTA NEGERI DEMI KRONI DAN POKET...MAKA KAMU TUNGGULAH SAAT KEHANCURAN DIRI...WAHAI MUSA HARU, ANIFAH BIRU, DAN SHAFEI SANG SEBAT AL ABDAL...MAMPUSLAH KAMU....!!!

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code