23 keluarga kecewa diarah berpindah
SEBAHAGIAN daripada penduduk mengadakan demonstrasi selepas diarah mengosongkan rumah yang didiami di Ladang Bangi baru-baru ini.
KAJANG – Masa depan 23 keluarga di Ladang Bangi, Bangi Lama di sini tidak menentu selepas menerima notis supaya mengosongkan rumah yang didiami di ladang sawit itu sebelum 31 Julai ini.
Ini ekoran syarikat perladangan itu didakwa mahu menjual tanah ladang tersebut kepada syarikat pemaju bagi tujuan pembangunan kediaman mewah.
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Ladang Bangi, C. Krishnan, 57, memberitahu, penduduk tinggal di rumah milik syarikat itu sejak 50 tahun lalu dan kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah di sekitar Bangi.
P/S: Orang alin tidak dapat bantu anda, hanya Noh Omar saja yang bijak menyelesaikan masalah rakyat. Jadi, mintalah bantuan dari Noh Omar...bukankah Noh Omar itu dianggap sebagai peneyelamat 'maruah' dan 'rasuah' di Selangor? Pergilah, apa yang bakal Noh Omar cakap tak lebih dari merayu supaya, PANGKAH BN dulu. Masalah pasti selesai....
Isnin, 2 Julai 2012
MINTALAH PERTOLONGAN DARI NOH OMAR....KERANA DIA MB UMNO DI SELANGOR?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan