(Tuan Guru berselendang merah 'Tuntut Royalti R' sebelum melepaskan konvoi di Kota Bharu pagi tadi)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengepalai Konvoi Royalti yang dianjurkan sebuah NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti).
Tuan Guru mengepalai hampir 150 buah kereta dan 50 motosikal berkuasa besar bergerak dari Kota Bharu pagi tadi menuju ke Gua Musang.
(Kenderaan Tuan Guru berada di hadapan mengepalai konvoi Royalti)
Sticker Konvoi Jelajah R di setiap Kereta
Geng Motorsikal berkuasa tinggi turut menyertai konvoi R
Konvoi akan melalui beberapa jajahan termasuk Keterah, Machang dan Kuala Krai sebelum tiba di Gua Musang.
Menurut kenyataan NGO Royalti hari ini, konvoi tersebut antara lain sebagai satu mekanisme Kempen Rakyat Kelantan yang memprotes tindakan Kerajaan Malaysia yang menyekat pembayaran royalti 5 peratus minyak dan gas Kelantan yang tunggakannya sejak 2005 yang kini berjumlah lebih RM7 Billion.
Ianya juga sebagai bantahan terhadap hasrat kerajaan yang ingin memindahkan gas yang berada di perairan Kelantan iaitu di Blok PM302, PM325 dan PM 326B ke Kemaman, Terengganu dan Pekan, Pahang.
"Konvoi ini juga sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Negeri Kelantan terus kepada ‘grass root’ khususnya masyarakat di kawasan pedalaman negeri ini.
"Ini juga sebagai usaha Rakyat Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Titah Sultan Muhammad V pada Sidang DUN ke 12, hujung Disember 2011 agar gas didaratkan ke Kelantan," kata presidennya Nazri Deraman.
Selain itu, konvoi itu juga sebagai manifestasi dan simbolik rakyat Kelantan inginkan lebuhraya baru daripada Kota Bharu ke Gua Musang sejauh 180 kilometer.
Program yang dijadual memakan masa dua hari itu akan mengadakan program kemuncaknya di Gua Musang esok.
Di sana, mereka akan menganjurkan majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan dan penerangan berkenaan royalti kepada masyarakat Gua Musang.
Pada malamnya akan diadakan sesi perdengaran dua hala antara NGO Royalti dengan rakyat Gua Musang bagi menyampaikan maklumat dan mendengar apa yang rakyat mahukan sekiranya royalti dan gas diberikan kepada Negeri Kelantan.
P/S: AKU SANGAT HAIRAN, MENGAPA PUSAT MASIH SEKAT HAK KEPUNYAAN MILIK KELANTAN, APAKAH JIKA UMNO TADBIR MAKA ROYALTI AKAN DIBERI?
TAPI MASIH RAMAI RAKYAT KELANTAN YANG SOKONG UMNO PENGKHIANAT INI. PEMIMPIN UMNO SEMUANYA KAKI SONGLAP WANG RAKYAT, BERJUANG DEMI KEPENTINGAN DIRI DAN KERABAT SAJA...RAKYAT BIASA...LANGSUNG TIDAK DIHIRAUKAN. INILAH UMNO KEPARAT...
WAHAI RAKYAT KELANTAN, KAU INSAFLAH...SELAMANYA KAU JADI MANGSA BRUTALISASI UMNO...TUKARLAH...!!!
0 comments:
Catat Ulasan