Setelah mendapat maklumat yang tidak benar atau sengaja ditidakbenarkan, apatah lagi saman Husam terhadap beliau (kickdefella) kalah dan kickdefella diarah mahkamah membayar sejumlah wang kepada Husam. Akhirnya demi nak bayar hutang inilah samdol sekor ni bertungkus-lumus mencari upah ke sana-ke mari terutamanya dari UMNO untuk memburuk-burukkan pimpinan PAS. Sebab nak cari wanglah maka cerita dongeng yang keluar dari penyangak ini telah menyebabkan kerajaan negeri Kelantan disiasat polis berhubung isu yang diketengahkan seperti di atas.
Samdol tadi mencari maklumat dan menuduh Husam dengan pelbagai tohmahan dan mengugut katanya dia tidak akan berhenti di sini saja. Banyak lagi rahsia-rahsia sulit Husam termasuk saiz alat kelaminnya akan didedahkan kepada umum. Inilah terdesaknya blogger upahan UMNO ini. Pandai pulak bermain 'nusup' (sembunyi-sembunyi). Konon aku menulis kerana kebenaran- Ceh...kepala hitaklah kau. Menipu tak habis-habis...disiarnya gambar Husam dengan Mat Saleh manapun tak tahu, disiarnya Husam dengan wanita Cina berpelukan tanpa menduga rakyat dah tahu itu bini Husam la weiiihh...
KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - Nik Aziz
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.
"Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.
Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.
"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.
"Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.
Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.
(Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT)
Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.
Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.
Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.
Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.
Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.
Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.
"Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni.
Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud.
Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul.
P/S: BAGUS, PEMFITNAH DAN PENDERHAKA SEPERTI INI PATUT DIAJAR SAJA...PEMBELOT DAN PENCACAI YANG INGIN MENCARI KEPENTINGAN PERIBADI DENGAN MEMBURUK-BURUKKAN ORANG LAIN PATUT DIHUMBAN KE PENJARA SAJA...ATAUWWW LEBIH BAIK DIHUKUM 'SULA' SAJA.... BEDEBAH PUIIII.....!!!
0 comments:
Catat Ulasan