Rais Piatu |
Rais minta pandangan lagu tema Merdeka
Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.
Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima
"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.
Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.
Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.
Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.
Bagaimanapun, 20,577 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 348 klik "suka".
Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6.
KAWE NAK BUH LAGU NI PUN MALU KAT KAMBING BOER KAWE...JADI KALU MEMBER2 KEPINGIN SANGAT NAK DENGAR LAGU NGOSEK NI BULEH LAH LINK DI SINI korang baca sekali komen-komen pembaca yang ada kat bawah sana...kalu aku dah tak lena nak tidur dah dengan kebencian rakyat sebegitu hebat...tapi si sialan tu siang makan nasik lagi...tak posa...celaka sungguh....!!!
0 comments:
Catat Ulasan