KENYATAAN yang keluar dari mulut Puad selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak lebih sebagai mencuci pinggan-mangkuk hayun UMNO yang semakin ratak menanti belah. Tidak cerdik beliau mengaitkan Anwar dalam isu MP Beaufort letak jawatan adalah kerana mendapat sogokan 'wang'. Kenyataan dan tuduhan fitnah ini seolah meletakkan kesalahan ini kepada Pakatan Rakyat seluruhnya.
Adakah beliau seorang yang terlibat secara langsung dengan sogokan wang kepada ahli parlimen Perak yang keluar parti PAKATAN RAKYAT? Sehingga Zamri metalik berjaya menjadi MB ikut pintu belakang. Maka peristiwa ini ingin disamakan dengan MP UMNO yang keluar parti?
Nampaknya sudah terang dan jelas betapa pengalaman dalam membeli MP dalam kalangan UMNO memang wujud, hinggakan semua AMT UMNO termasuk Dr Puad ini tahu dan pandai dalam hal sebegini.
Jika Anwar ingin mencari keuntungan, rasanya sudah boleh kerana tuduhan dan fitnah sebegini dapat menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau sebagai MP. Saman saja si Puad ni...baru terkebil-kebil biji mata.
Sindrom fitnah dan sebar berita buruk begini telah berleluasa dalam UMNO. Jika dulu Puad masa mula-mula aktif dan berjaya menjadi MP, nampaklah juga sifat seorang yang agak adil dan terbuka. Tapi bila berkecimpung dan berkawan dengan ramai rakan-rakan seangkatan UMNO yang jenis 'makan suap' dan 'beri suap'. Nampaknya Puad inilah semakin ketagih dengan keadaan yang serupa. Hilang sebagai seorang yang nampak terserlah ciri kepimpinannya.
Budaya UMNO jelasnya tidak pernah nampak kesalahan sendiri dan mengakui kesalahan itu. Sebaliknya hanya menuding jari dan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain. Macam jaga anak jugalah, jahat macam mana anak kitapun kita tak pernah salahkan mereka, sebaliknya menyalahkan anak orang lain yang menyebabkan anak kita jadi jahat.
Dalam tuduhan ini Puad berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, sebelum ini Lajim yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain 'tarik tali' dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan ahli Umno.
Menurutnya, Lajim sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti. Malah, apabila pendekatan yang digunakan tidak berkesan, dia mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan itu.
“Tindakan itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” katanya.
Katanya, tindakan Lajim itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri.
Inilah kesimpulan dan rumusan yang dapat Puad berikan selakualasan untuk berdepan Najib. Sikap basuh tangan dan cuci pinggan mangkuk hayun ini memang kerja UMNO....
Selasa, 31 Julai 2012
DR PUAD ZARKASHI ALHABSHY HANYALAH TUKANG CUCI PERIUK BELANGA UMNO SAJA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan