DAH...dah kena lah tu...penyamun jual penyangak...konon cybertroopers...gaji tak bayar. Nak bayar apa kalo kerja pun asyik duk sebar fitnah. Buat kerja jahat. Maki, carut...caci. Padanlah kalo penyamun tak bayar gajipun. Kerjapun dah kerja haram. Gaji dapat pun gaji haram. Kesian kat anak bini kita, bagi makan hasil dari fitnah yang kita buat.
Kita kena ingat hasil dari perbuatan kita itu telah menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa telah dituduh oleh kita. Akhirnya, akibat perbuatan itu maka telah menyebabkan berlakunya perpecahan rumah tangga dan krisis. Atau sebagainya. Memang elok benar kalau penyamun di Melaka tidak bayar gajipun sebab kamu buat kerja yang tidak berfaedah. Carilah kerja lain yang halal di sisi syarak. Jangan asyik fitnah dan sebar keburukan orang saja, kan Tuhan dah bayar cash kat kamu. UMNO memang begitu, alasannya banyak untuk dia pecat kamu. Seperti alasannya di bawah:
Umno Melaka: Blogger tidak rayu tuntutan gaji RM24,370
Seorang pentadbir di Pejabat Perhubungan Umno Melaka berkata mereka tidak menerima sebarang rayuan daripada penulis blog Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji sebanyak RM24,370 daripada pejabat itu.
Sumber yang enggan dinamakan itu berkata Ahmad Faisal, 44, perlu mengemukakan rayuan dan bukti berhubung tuntutan berkenaan untuk membolehkan perkara itu dipertimbangkan oleh pejabat tersebut.
"Dia tak ada buat rayuan jadi benda ini tak ada isu. Kalau ada kes, (sepatutnya) balik pada bekas majikan dan buat rayuan. Mungkin majikan boleh mempertimbangkan.
"Tapi blogger tersebut perlu buktikan betul atau tidak dakwaan dia itu. Di pejabat tidak ada apa-apa yang dibimbangkan. Tak terima rayuan jadi tiada isu," kata sumber tersebut ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan bahawa Ahmad Faisal dilantik sebagai pegawai khas dan ketua unit IT di pejabat parti politik tersebut, dan beliau ditugaskan untuk menulis blog untuk parti yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.
Dalam laporan itu, Ahmad Faisal berkata beliau menerima surat lantikan pada 13 Mei 2008 yang menyatakan gaji bulanannya sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, parti tersebut membayar kurang RM1,000 kepadanya setiap bulan, yang berjumlah RM38,000 untuk tempoh 38 bulan.
Gajinya kemudiannya ditahan sejak Mei 2011, selepas pengurusan pejabat tersebut bertukar kakitangan sejak awal tahun lalu, dakwanya seperti dipetik akhbar berkenaan.
Dua bulan kemudian, beliau diberikan surat pemberhentian kerja pada Julai, yang diterimanya dengan syarat jumlah tertunggak itu dilunaskan, dakwanya.
Menurut Ahmad Faisal, parti politik tersebut membayar sebanyak RM11,330 pada 20 Disember tahun lalu, selepas ditolak sebanyak RM2,300 yang dipinjamnya.
Namun, sejumlah RM24,370 lagi masih belum dibayar kepadanya, dakwanya.
Dakwanya, majikannya itu memberi alasan bahawa jumlah berkenaan ditolak daripada kos peralatan yang diberikan kepadanya ketika beliau berkhidmat sebagai kakitangan.
Dakwanya, peralatan itu melibatkan tiga komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa barangan lain.
Tambahnya, beliau bersedia untuk memulangkan peralatan tersebut jika gajinya dibayar sepenuhnya.
P/S: KAU BUATLAH LAGI KERJA HARAM KAU TUH, NANTI ALLAH AKAN TURUNKAN BALA KEPADA ANAK BINI KAU PULAK...RENTI-RENTILAH DUK FITNAH DAN ANIAYA ORANG....
KAH KAH KAH...INI BERITA GEMBIRA....DAH KENA DAH....PENYAMUN JUAL SI PENYANGAK.... APA SALAHNYA!!!!
0 comments:
Catat Ulasan