Ahad, 22 Julai 2012

ARTIS MASUK PEMBANGKANG DEMI NAK JADI MENTERI PULAK!!!

SUNGGUH dunia ini tidak terjangka oleh makhluk, namun apa yang terjadi akan tetap terjadi. Kebelakangan ini heboh diperkatakan dalam arena politik tanah air, golongan artis mula sibuk bergiat di pentas politik dan menjadi ahli kepada pembangkang. Apakah ada udang di balik batu?

Memang benar jika dulu para artis ini tidak dikenali oleh ramai pimpinan PAS, maklumlah para imam, para agamawan seperti kebanyakan pemimpin yang ada dalam PAS tidak minat 'wayang'- banyak dosa dari pahala. Secara langsung mereka rata-rata tidak kenal para artis ini. Namun setelah artis ini masuk PAS, maka jemputan dan layanan yang diberikan kepada mereka nampaknya cukup lumayan berbanding ahli PAS yang telah lama berjuang dalam PAS, sehingga tujuh keturunan lagi berkhidmat untuk PAS, namun tidak pernah diajak makan dan minum bersama pucuk pimpinan parti. Inilah peliknya...

Entah datang dari longkang mana, selepas insaf, bertaubat atau terlepas dari bala durjana, atau setelah kecewa, putus cinta, tidak mendapat layanan istimewa dari parti kerajaan, atau sekadar mencari lubang lain, atau ada niat lain, atau mendapat hidayat atau...atau dan atau..... selepas masuk PAS maka ditarbiyahkan dan dibersihkan hingga berjaya...BERJAYA MENJADI PENCERAMAH POLITIK PAS. Inilah peluang dan kepintaran yang ada pada mereka. Pandai mencari peluang yang terbuka luas. Apatah lagi kebelakangan ini, umum sudah ketahui bahawa parti di sebelah sana iaitu BN atau UMNO khususnya dah nak mamposs!!! Jadi pada pandangannya, daripada aku masuk parti yang dah nak mampus lebih baik aku masuk PAS...adala jugak motifnya...

Semua orang sudah tahu, jadi apa salahnya jika mereka beralih arah berjuang di pihak yang nampaknya bakal memberikan banyak ruang dan peluang kepada mereka tidak lama lagi. Mereka ingin menjadi perintis kepada kerajaan baru nanti, mereka ingin 'GOGHI'-Kelantan(orang yang mula-mula) membuat pembaharuan. Apatah lagi mereka kini mendapat sambutan yang menggalakkan berbanding semasa jahil dulu.

Ke mana saja mereka pergi, terutama bila singgah di masjid-masjid. Maka datanglah tawaran dari pak-pak lebai untuk mereka bertandang ke rumah mereka demi menumpang glamour. Saya teringat kisah seorang artis perempuan (Abby Abady) yang baru masuk PAS datang melawat ke masjid besar Tanah Merah Kelantan. Maka telah dijemputlah oleh rakan saya (pak lebai) untuk ke rumahnya, berduyun-duyunlah orang ramai mengintai-intai untuk bersalaman dengan artis tersebut. Beginilah hebatnya pengaruh golongan ini dalam masyarakat.

Fenomena sedemikian menjadikan PAS kini glamour dan popular, kaya dengan artis menjadi ahlinya. Namun benarkah mereka hanya ingin setakat menjadi ahli cabuk saja dalam PAS? Konon demi berjuang atas nama Islam, padahal mungkin "aku boleh pergi lebih jauh dari itu." Siapa tahu?

Kalau sejarah-sejarah dulu menggambarkan betapa politik ini kebanyakannya dipelopori oleh kaum pendidik, tapi kini golongan artis pula menjadi tumpuan untuk menjadi menteri.

Mula-mula malu-malu kambing, senyum-senyum kambing, lepas tu alim-alim kucing, lepas tu teringinlah pulak nak jadi "musang berjanggut"-datuk nikah kahwin, tak dapat jadi datuk mangku bumi jadi datuk pujangga pun jadilah. Apatah lagi jika parti sebelah sana membariskan Ahli Dewan Negara seperti Jins Shamsuddin.

Antara ura-ura artis yang ingin menjadi calon ialah seperti di bawah...tertib...cakap berlapik...tapi hakikatnya kalau ditawarkan menjadi menteri sekalipun akan cepat-cepat diterkamnya. Inilah senario perjuangan penghabisan para seniman ini. Setelah ada nama dalam bidang seni, ingin pula cari nama dalam bidang politik. Tak cari makanlah orang lain...

ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

“Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.

“Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.

Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara.

“Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua. Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,
Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut,” katanya.

Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.
Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.

“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.

Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.
Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.
Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.

Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai PAS.

Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada pakatan pembangkang tersebut.
Sebagai respon, Umno juga mula membawa artis masuk seperti Amy Search dan Jamal Abdillah yang menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.

Zunar (gambar) turut menjelaskan, golongan artis yang menyertai PR kebanyakannya tidak faham bahawa mereka masih lagi seorang artis yang dikurniakan bakat istimewa.
Tambah Zunar lagi, sekali menjadi seniman seseorang artis itu tidak boleh berhenti bekarya.

“Seniman selama-lamanya seniman, tidak wujud istilah seniman bersara.
“Yang bertukar sekarang ini adalah wadah dan arah karya bukan perlu berhenti berkarya,” kata kartunis yang beberapa karyanya diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana dikatakan memudaratkan keselamatan negara.
Zunar mengambil contoh penyanyi folk terkenal Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam. Menurut Zunar, pada zaman awal selepas menyertai Islam, Cat Stevens @ Yusuf berhenti berkarya terutamanya bermain gitar kerana ada pendapat golongan tertentu dalam Islam bahawa muzik bertali itu haram.

“Akhirnya Yusuf membebaskan diri daripada golongan jumud tersebut dan kembali berkarya.

“Seniman tidak akan boleh melawan fitrah mereka untuk menghasilkan seni seperti Yusuf yang kembali bermain gitar dan kembali menghasilkan album yang diterima ramai seperti ‘Roadsinger’ yang memperlihatkan dirinya yang sebenar,” kata Zunar.
“Jika tak dapat bantuan dari negeri PR untuk buat filem atau album, saya yakin jika dianjurkan majlis makan malam untuk memungut derma, pasti ramai yang akan datang sokong,” kata kartunis tersebut yang akan ke mahkamah pada 23 Julai depan bagi mendengar keputusan mahkamah berkenaan dengan tindakannya menyaman Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia kerana menghalangnya berkarya.

P/S: Jangan pulak apa yang Zunar kata itu benar...para artis, seniman dan dramawan jangan sebuk nak jadi calon saja....keh keh keh...Zunar sendiripun tak pernah terpilih menjadi calon, walaupun sudah bergiat aktif dalam barisan pembangkang sejak 1998 lagi....tetiba muncul golongan artis yang ingin berceramah di pentas politik dan mencari peluang menjadi wakil rakyat setelah nampak kelemahan dan bakal tumbangnya BN bodoh tersebut. Manalah tahukan kot2 dapat pula jadi menteri...Inilah mentaliti artis yang masuk pembangkang. Mahu cari kebih, mahu jadi lebih...benarlah kata-kata zunar tersebut.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code