Khamis, 21 Jun 2012

SEKALI LAGI UMNO JADI MANGSA DIPERKUDAKAN MIC....!!!


Kayveas berkata terdapat pemimpin-pemimpin yang menggunakan alasan “belum bersedia” sedangkan mereka sebenarnya tidak mahu bersedia. — Gambar oleh Choo Choy May


JELAS dan mantap nampaknya gesaan dan suara tajam dari ahli parti komponen BN untuk meliberalisasikan parti mereka menjadi sebuah parti yang satu. Satu sama dengan slogan satu Malaysia yang jika kita tidak lupa slogan ini lahir dari parti PAP bawah pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura iaitu Malaysia Malaysian...

Tuntutan ini bakal menyaksikan program transformasi Najib dalam UMNO akan melibatkan semua PERUBAHAN yang akhirnya hak-hak keistimewaan orang Melayu bakal tergadai di tangan MIC dan MCA. Suara lantang yang dilaungkan ini jelas menunjukkan satu sindiran buat Najib selaku 'bos' kepada parti perikatannya.

Tekanan agar Barisan Nasional yang terdiri dari berbagai parti mengikut kaum kini semakin menjadi semakin hebat. UMNO disaran agar menjadikan BN sebagai hanya sebuah parti saja.

Apa macam bang??? Ada fahamkah??? Sesungguhnya permintaan mereka ini adalah satu tuntutan yang semakin sukar ditempis oleh UMNO demi menjaga komponen dari lari meninggalkan BN.

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Rakyat Malaysia sedia untuk menerima parti Barisan Nasional (BN) tunggal yang bukan berteraskan perkauman, namun ahli politik dalam BN mungkin menolak cadangan dan idea tersebut kerana khuatir akan kehilangan kuasa, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas.
Cadangan untuk sebuah parti tunggal itu sudah diutarakan sejak pilihan raya 2008, namun Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hanya mempersetujui keahlian terus yang menyerupai zaman Parti Perikatan.

“Ia sukar untuk berfungsi seperti ini. Kita tidak boleh arah anak-anak kita pergi ke sekolah dan bergaul dengan kaum lain sedangkan parti politik itu sendiri tidak melakukannya.

“Bila pergi ke AGM Umno, contohnya, mereka kata ‘hidup Melayu’, MCA dengan agenda Cina, dan MIC hanya berkenaan kuil dan sekolah Tamil,” kata Kayveas.

“Kanak-kanak yang kita arahkan bergaul dengan semua orang akan keliru kenapa orang dewasa melakukan sebaliknya,” kata Kayveas kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah khas.

Beliau turut mendedahkan percubaan untuk mencadangkan idea berkenaan, namun ia ditentang pemimpin lain yang mengatakan mereka tidak bersedia untuk mengubah sistem sedia ada.

Apabila ditanya mengapa, Kayveas menjelaskan, pemimpin-pemimpin ini khuatir BN dengan pelbagai bangsa akan menggunakan sistem merit dalam melantik pemimpin, bukan menggunakan sistem kuota kaum seperti sekarang.

Jelas beliau, ini mungkin membolehkan kumpulan minoriti mengambil alih jawatan tertinggi dalam parti.

“Sebuah jawatankuasa, katakanlan 45 orang, dalam hieraki BN mungkin bercampur, kumpulan terbuka. Ia mungkin berdasarkan merit, berdasarkan siapa yang dilantik. Kemudian, ketakutan sesetengah komuniti, walaupun besar, wakil mereka mungkin jadi lebih kecil.

“Ini mungkin menjadi kerisauan utama mereka, berdasarkan apa yang saya lihat,” katanya.

Walaupun terdapat respon negatif daripada komponen parti BN, Kayveas menegaskan bahawa BN sebagai parti tunggal dengan pelbagai kaum adalah kunci kepada penghapusan politik nepotisme dan kronisme.

“Semua ini dapat dielakkan,” katanya.

Bekas senator dan juga timbalan menteri ini bagaimanapun memuji tindakan BN memperkenalkan “kemasukan terus” pada 2010 sebagai langkah meruntuhkan tembok perkauman tersebut.

Tambahnya, jika penyertaan ke dalam BN meningkat dengan signifikasi yang besar, ia menjadi petunjuk BN berjaya untuk melangkaui parti berteraskan kaum.

“Ia akan menunjukkan BN sudah bersedia,” katanya.

Hanya selepas dua tahun menjadi perdana menteri, Najib mengumumkan pada November 2010 bahawa BN akan menerima keahlian terus, dan berkata ini akan menjadi platform kepada mereka yang tidak berminat menjadi ahli komponen 13 parti dalam keluarga BN.

Kayveas berkata rakyat Malaysia sudah lebih bersedia untuk berubah, menyuarakan keyakinannya bahawa pengundi sekarang memilih calon berdasarkan merit, bukan lagi perkauman.

Menurutnya, alasan yang sering digunakan oleh pemimpin BN adalah mereka memerlukan parti berunsurkan perkauman bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

“Selama ini, saya berada dalam parti pelbagai kaum, dan saya menerima cabaran daripada parti berunsurkan perkauman. Saya khuatir mereka akan terus menggunakan kad perkauman ini, ‘[bahawa] saya perjuangkan bangsa saya, jika tidak, saya tidak akan dipilih’.

“Tapi, kamu tidak diundi kerana parti itu berteraskan perkauman. Jika kamu hapuskan politik perkauman, kamu bakal diundi jika kamu seseorang pemimpin yang bagus,” jelasnya.

Kayveas turut menambah, ada juga khabar yang mengatakan komuniti majmuk di negara ini tidak saling membantu satu sama lain.

“Persoalannya adalah - adakah kita sedia untuk bermula? Namun kita tidak akan bersedia jika kita hanya membangkitkan persoalan ini ... bila idea itu sudah ada, jangan tunggu lama,” katanya.

“Jadi, ia bukan persoalan persediaan. Ia adalah alasan menggunakan frasa ‘belum bersedia’ apabila tidak mahu bersedia.”


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code