Selasa, 26 Jun 2012

SEGERA: POLIS SIASAT KES RM 3 BILION ANWAR SEPANTAS KILAT!!!

Datuk Seri Khalid Abu Bakar
POLIS akan segera menyiasat dan tiada tangguh-tangguh lagi isu RM3 bilion yang didakwa milik Anwar Ibrahim. Setakat ini hanya puak-puak UMNO yang duk kecoh isu ini, menyalak dan melaung melalui media milik depa saja. Tapi masih tiada sebarang laporan polis dibuat. Mungkin mereka klentong saja kut. Nak buat laporan polis, tak ada bukti.

KUALA TERENGGANU – Polis akan menyiasat dengan kadar segera sekiranya menerima laporan berkaitan aset dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini, beliau tidak pasti sama ada telah menerima laporan atau tidak berkaitan dengan perkara tersebut.

“Kalau ada laporan polis dibuat, dan jika ada unsur jenayah yang terlibat, kita akan siasatlah. Saya juga tak pasti telah terima laporan atau tidak,” katanya apabila ditanya mengenai desakan supaya menyiasat berkaitan dengan aset yang dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Hari Inovasi dan Penutup Peringatan Hari Polis di Riyaz Heritage, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa.

Ditanya berkaitan dengan saranan badan bukan kerajaan (NGO) yang meminta diplomatik terlibat Bersih 3.0, baru-baru ini dihalau, beliau mengesahkan ada menerima laporan namun enggan mengulas mengenai perkara itu.

P/S: Betapa cepat dan tegasnya polis negara kita. Syabas...Tahniah!!! Antara polis yang paling cekap menyiasat kes para pembangkang di dunia.

Peliknya mengapa Ahmad Maslan tak buat laporan polis tapi hanya suruh Anwar saman UMNO? Buat tuduhan lepas tu suruh orang saman...akai ker???

PAKDOE ALLAN



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code