SEKALI lagi fitnah yang dilemparkan Nallakurap terhadap Anwar meleset dan terpaksa menanggung kos dan bakal berdepan hutang. Anwar akan meminta satu jumlah yang musabah kerana menjatuhkan kredibiliti sertaa maruah selaku 'public figure' yang dikenali.
TAHNIAH Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perbuatan seperti fitnah ini tidak boleh dibiarkan. Rasalah Nalla...tak lama lagi kau akan bayar lagi kepada Anwar kerana memfitnahnya biseksual.
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.
Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.
Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.
Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.
Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.
P/S: DSAI asyik menang saja saman patutla banyak duit sampai bilion-bilion. Tapi apa yang pelik ialah beliau masih kelihatan 'jahat' di sisi puak-puak UMNO...pelik kan??? Nasihat kepada Nallakurap, kau buatlah fitnah lagi...buatlah...!!!
Selasa, 19 Jun 2012
PELIKNYA MACAM MANA ANWAR BOLEH MENANG KES???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Dapatkan lebih banyak isu hangat terkini:
suasanapolitikmalaysia.blogspot.com
Catat Ulasan