KETUA biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia telah melabelkan Malaysia bukan sebuah negara yang dipimpin oleh seorang yang demokrat, sebaliknya adalah seorang pemimpin autokrat dan autarman (kaki autar). Meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.
Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail.
Antara pemimpin yang dikaitkan dengan penulis ini ialah ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.
Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.
Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".
Apa yang menarik dalam artikel ini adalah kajian yang dibuatnya adalah tepat, memang apa yang terkandung dalam tulisannya itu jelas terkena batang hidung Najib yang digambarkan sebagai seorang yang sayangkan kuasa dan pentingkan diri sendiri serta kroni.
Namun apa yang silap berkaitan kajiannya terhadap Najib ialah soal pengelasan. Najib bukan sahaja seorang demokrat palsu, tapi juga adalah seorang yang populis ganas.
Sanggup membunuh dan menghentam rakyat yang menentangnya dengan berbagai kaedah psikologi yang meragukan.

0 comments:
Catat Ulasan