Selasa, 5 Jun 2012

KESALAHAN-KESALAHAN BODOH PAKATAN RAKYAT

HARI ini gua rasa banyak yang perlu diperkatakan tapi itulah selagi namanya manusia maka selagi itulah mereka lemah dan sentiasa bertindak bodoh tahap melampau...mungkin hari kejadian tersebut adalah hari bodoh dalam hidupnya.

Gua tak mahu bicara banyak tapi cukuplah luahan hati ini agak kecewa dengan kesalahan bodoh yang dilakukan oleh PAKATAN RAKYAT. Ada dua perkara saja yang gua rasa terkilan sangat saat ini. Bukan apa, terkadang apa yang kita rasa elok bagi kita tapi jauh sekali tak elok bagi orang lain. Hal ini yang sangat serius dan sewajarnya barisan pimpinan parti harus sensitif dan bijak jangan hanya tahu hentam kromo saja. Jika kita seorang pemain 'chess' strategi untuk melakukan 'checkmate' itu harus kemas dan tegap baru berjaya. Jika serang bertubi-tubi juga membawa padah, sebaliknya jika mempertahankan diri juga satu bala. Chess atau catur ini bukan sesuatu yang mudah sebenarnya, begitu juga dengan politik.

Antara dua perkara tersebut adalah kes DS Nizar mengkritik raja. Meski perkara ini secara halusinya ada kebenaran demi menegur dan membuat andaian sendiri, tapi di Malaysia ini kita kena faham akan adat dan resamnya. Orang Melayu feudal dan konservatif amat pantang dan marah jika ada orang menyentuh ketuanya. Tambahan pula ini isu politik yang tak lain antara pembangkang dan kerajaan. Ini soal pokok yang harus kita ingati selalu.

Gua malaslah nak ulas lanjut tapi hakikatnya gua rasa kesalahan ini adalah akibat asyik bertwitter hinggakan melalut hingga tak tahu apa isu yang disentuh menimbulkan banyak masalah atau tidak? Kadang-kadang kita kena berhati-hati juga. Jangan pula bila kita buat salah maka orang lain dari parti kita pula cuba membela dengan memberi berbagai alasan supaya kesalahan bodoh yang kita lakukan itu nampak macam kesalahan yang cerdik? Ini tidak bijak sama sekali.

Perkara kedua yang gua nak sentuh ialah kebodohan AMK P.Pinang yang menganjurkan tarian ala bogel seolah nak berlawan dengan K Pop. Lepas itu ditaramnya pula ini adalah kesalahan penganjur. Penganjur buat silap, maksudnya dirinya tidak terlibat. Ini satu lagi kesalahan bodoh yang dilakukan ahli PR. Sewajarnya tak usahlah nak adakan bentuk-bentuk hiburan dalam waktu terdekat ini...banyak mengundang fitnah dan masalah. Ada banyak lagi program yang baik seperti tilawah AlQuran, hafazan, nasyid dan sebagainya yang kau pi taruk tarian lucah dalam majlis sedemikian itu apa hal? Takkan perkara ini baru disedari...sepatutnya masa majlis itu berlangsung sudah ada yang menghalang kalau ini satu sabotaj tapi sebaliknya mengapa Khairul Nadzmi AMKPP berdiam diri dan sanggup menonton tarian lucah sedemikian? Bukankah bangang kerja sedemikian?

Malaslah gua nak bincang panjang lebar apa yang penting jagalah segala tindakan kita dengaan baik dan sopan berijmaklah dengan rakan-rakan yang lain sebelum melakukan sesuatu yang BODOH dan BANGANG!!!



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code