AKIBAT ingin mengisi tembolok dan hidup bermewah-mewahan, tidak padan dengan pendapatan tapi nak pakai kereta besar, gaya mesti lebih dari orang lain. Maklumlah aku ni seorang pemimpin. Mesti nampak senang. Apa salahnya, orang nak bagi, aku belasah sajalah. Lagipun siapa nak tangkap aku, aku ni kan sokong kerajaan, mereka semua mesti tolong aku. Polis la tolong aku, sebab mereka pun sama saja macam aku. Mana pula mereka nak percaya aku makan rasuah. Aku jujur, rakyat pilih aku dulu pun sebab aku jujur.
Poorah, inilah persepsi bagi orang yang berebut sangat nak jadi pemimpin, berebut sangat nak jadi wakil rakyat. Sebab untuk membedal duit hasil dari lobian rakyat terhadap mereka. Hinggakan nak dapatkan tender untuk meniaga di kantin-kantin sekolah, perlukan surat sokongan orang seperti ini. Namun sokong bukan sebarang sokong, tangan kpsong maka pulang pun kosong. Modal air liur maka meniagapun air liur jugalah. Bukan macam Shahrizat Jalil tak pandai jaga lembu pun dapat projek ternak lembu. Bukan sikit pula tu. RM250 juta...kalau sejutapun bagi rakyat seperti aku ini rasanya sampai matipun tak habis nak guna. Anak cucu aku juga tak habis nak guan. Tapi semuanya bukan begitu. Belum dapat rasanya dah cukup, tapi bila dah dapat...memanjang jer tak cukup itu. Inilah manusia. Terutamanya orang-orang UMNO. Nak jadi pemimpin tapi perut dan saudara-mara mesti diutamakan dulu.
Apa lagi jika saudara-saudara pembaca sekelian tengok milikan harta kekayaan pemimpin UMNO jika nak dibandingkan dengan para pimpinan PAKATAN, AMAT JAUH BEZANYA.
Apa yang sangat mendukacitakan ialah masyarakat masih merestui perbuatan ini, golongan penyokong tegarnya seakan mabuk, dan khayal dengan kebobrokan pemimpin mereka. Inilah satu senario yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata.
Mengapa mereka masih setia dengan pemimpin (UMNO)yang nyata banyak melakukan rasuah dan penyelewengan? Mengapa mereka juga percaya bahawa parti lain tidak boleh mentadbir negara. Mereka masih percaya hanya UMNO saja kononnya yang terbaik...Peliknya politik di Malaysia. Mungkin agaknya zaman nabi Muhammad dulu sewaktu mula-mula menyebarkan Islam. Tentangan dari puak Quraish amat hebat, mereka begitu taksub sekali dengan agama mereka, walau Nabi menjanjikan bulan dan bintang pun mereka tetap mengatakan agama nenek moyang mereka itu adalah lebih baik. Agaknya keadaan inilah juga yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. UMNO tetap dengan ajarannya dan penyokongnya terus memujanya seumpama satu agama yang dianuti, Sukar untuk berubah, walau dengan terang manifesto parti pembangkang lebih baik tapi mereka tetap dengan agama mereka...
0 comments:
Catat Ulasan