SIAPA sebenarnya yang menolak Islam DAP atau UMNO? Jawab...jangan tak jawab...Barisan Nasional kena tukar lambang dacing kepada lambang telur, batu atau kayu saja untuk meraih simpati umat Islam yang berfikiran terbuka.
Hasan Ali 'duk' melalak di Tanah Merah malam tadi dengan mengatakan bahawa sekiranya PAKATAN RAKYAT menang GE 13 maka Malaysia akan menjadi sebuah negara republik.
Sekiranya demikian maka runtuhlah payung Melayu yang selama ini diperjuangkannya. Padahal tanpa sedar bahawa dulu Hasan Ali ini adalah orang yang kuat mengatakan bahawa UMNOlah yang menjadi punca anak-anak Melayu menjadi kurang didikan agama Islam, anak-anak Melayu rosak akidah kerana membeli arak di kedai yang dijual di Selangor malangnya yang paling sedih katanya lagi anak-anak yang minum arak itu adalah pelajar-pelajar Islam Universiti. Tanpa disedari Hasan Ali inilah anak-anak kelahiran dari sistem ajaran yang dipraktikkan oleh UMNO. UMNO lah yang mencipta betapa remaja kini menjadi Mat Rempit, pukul polis dan sebagainya tapi yang paling pelik tidak pula Hasan Ali sebut bagaimana yang polis pukul Mat Rempit. Hinggakan berita baru-baru ini seorang polis mati dibelasah rakan setugas dengan niat nak pelangkong Mat Rempit tapi terkena rakan sendiri. Inilah nasib yang menimpa bila sistem pendidikan yang lemah hanya membentuk pelajar yang menjadi robot dan mesin kepada kerajaan yang korup.
Fahamkah Hasan Ali betapa hakikatnya telah lama barisan yang disanjung Hasan Ali itu menenggelamkan perjuangan Hasan demi kepentingan dan periuk nasi sendiri. Termasuk juga Hasan yang hilang punca dan platform untuk bersyarah dan berceramah tapi sebaliknya kini bersekongkol dengan musuh UMNOnya demi untuk menghentam Anwar Ibrahim dan barisannya. Menghentam PAS tempat dia mencari makan dulu, menghentam sesiapa saja yang dirasakan telah menjatuhkannya.
Inilah Hasan Ali sanggup melakukan apa saja demi kepentingan dirinya tapi berselindung di balik payung ciptaannya - Islam, Melayu dan Raja. Padahal apa yang disampaikan dalam ceramahnya ialah hentaman peribadi Anwar Ibrahim yang didakwanya mempunyai perangai buruk, tapi Hasan Ali kata halal menghentam peribadi seseorang pemimpin demi kepentingan rakyat. Apa yang pelik ialah mengapa Hasan Ali tidak menghentam peribadi orang yang sudah menjadi Perdana Menteri seperti Mahathir, Abdullah dan Najib, sedangkan Hasan Ali tahu akan keburukan moral mereka, mengapa Hasan Ali tak dedahkan!!!
Hasan Ali kini menjadi alat untuk mencari alasan bagi orang UMNO menolak Islam, menjadi kambing hitam bagi menjatuhkan maruah Islam lain, sedangkan diri sendiri kini jauh terpesong dari membela isu Melayu, apatah lagi membela Raja-Raja Melayu? Hasan Ali tengok three faces di atas pun sudah tahu siapa petualang raja-raja Melayu tapi mengapa Hasan Ali masih menyokong UMNO? Mengapa Hasan Ali bersekongkol membela raja Melayu dengan pendurhaka kepada raja seperti UMNO?
Hasan Ali dakwa Pakatan Rakyat akan menghancurkan negara jika diperintah. Tapi Hasan Ali lupa di mana dia datang. Mengapa dulu Hasan Ali beriya-iya menentang UMNO tapi kini berceramah di atas podium UMNO menghentam PAS, menentang kawan baiknya sendiri yang didakwanya pernah belajar bersama-sama. Tapi demi wang Hasan Ali sanggup menggadai maruah pada musuh yang selama ini Hasan Ali marah. Sanggup memutuskan persahabatan bila Anwar ditimpa musibah. Apakah jenis kawan semacam ini.
Jelaslah bahawa terkeluarnya Hasan daripada PAS hakikatnya telah menjauhkan dan melenyapkan sama sekali cita-citanya yang lebih besar iaitu ingin menjadi MB kemudian ingin menjadi Perdana Menteri. Karier Hasan Ali sudah berkubur, apa yang ada hanyalah dijadikan sebagai hantu pengacau dan pemberontak.
Dimana letaknya perjuangan Islam Hasan Ali, sekiranya mengatakan DAP menolak hukum Islam tapi nyatanya UMNO juga sama jahilnya dengan DAP. Mengapa Hasan Ali pilih Melayu yang sama-sama menolak Islam dari memilih kafir yang terang-terangan jahil dan tolak Islam? Rupa-rupanya Hasan Ali ingin menyatakan hasrat betapa Melayu yang tolak Islam lebih mudah untuk berunding, kononnya atas dasar tersebut maka tertunailah satu kewajipan perlembagaannya iaitu Melayu. Rupanya Hasan Ali pilih bulu?
Hasan Ali masih primitif dalam bab politik. Masih jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan sekelompok pemimpin yang seera dengannya seperti Mat Sabu. Jauh sama sekali. Hasan memusuhi dan mengutuk Anwar Ibrahim semata-mata jawatannya yang terlucut, semata-mata mengatakan moral Anwar tidak baik, namun Hasan tidak mengatakan keburukan Najib dalam isu scorpene, isu lembu dan sebagainya yang berbaris-baris lagi isu kepincangan yang terdapat dalam UMNO-Barisan Nasional.
P/S: Setelah gua mendengar jeritan Hasan Ali yang kehabisan idea dan hampeh di podium tajaan UMNO - MEMBARA. Gua dapatlah memberi gambaran bahawa Hasan ali adalah ibarat lembu yang kehilangan pelunggur...sesat dan terus sesat, buang najis dijalan-jalan raya, pantang berjumpa sesuatupun..sesuatupun...sesuatupunnnnn...sanggup makan plastik dan baju di jemuran...hingga akhirnya akan menjadi bahan sembelihan pencuri lembu yang gian!!! GIAN KUASA!!!
0 comments:
Catat Ulasan