Isnin, 25 Jun 2012

"HARAM JADAH" - NAJIB ENGGAN MOHON MAAF!!!

INILAH sikap dan belang sebenar Perdana Menteri Malaysia yang mencerca rakyat sendiri dengan menggunakan perkataan dan sumpah seranah yang menjijikkan. Tidak mematuhi rukun negara ke-5 iaitu "kesopanan dan kesusilaan". Jika selama ini rakyat digesa diperingkat awal kanak-kanak lagi agar menghafal apa itu rukun negara. Malah guru sentiasa berpesan agar pelajarnya harus menggunakan kata-kata yang baik, sedap didengar dan sesuai dengan amalan setiap agama yang dianuti, sekali gus memenuhi aspirasi negara dengan mematuhi rukun negara yang menjadi teras membina sebuah negara bangsa.

Malangnya Najib selaku pemimpin yang dikenali ramai termasuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun hingga kepada manusia berusia lanjut(bongkok 7), telah menggunakan perkataan yang kasar, kurang ajar dan tidak wajar selaku pemimpin tertinggi. Menyumpah seranah rakyat sendiri. Najib adalah pencetus kerosakan akhlak manusia. Najib harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia secara langsung. Kesalahan melanggari rukun negara adalah satu perkara serius dan dianggap sebagai melanggar prinsip perlembagaan.

Namun demikian itulah Najib. Penuh dengan alasan dan musabab. Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau harus tunjukkan tauladan dan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Tingkah laku masyarakat adalah cerminan pemimpinnya. Bagaiman acuan begitulah kuehnya. Tapi Najib angkuh. Najib masih menganggap bahawa perkataan 'haram jadah' yang disebutnya adalah satu perkataan yang mulia, satu peneguhan dan pengajaran kepada orang yang mendurhaka kepadanya. Pada hal ini sama sekali melanggar norma-norma masyarakat yangberadab dan penuh sopan-santun. Ada tertibnya, bukan main taram saja.

Najib sanggup maki-hamun rakyat sendiri yang tidak mahu mengikut telunjuknya. Apakah ini adalah ciri-ciri sebuah negara demokrasi?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.

Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.

Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.

"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

"Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.

Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.

"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.

"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.

Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code