PEJABAT bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah digeledah oleh polis bagi mendapatkan bukti. Pelik bukan? Bukti itu dalam twitter. Apsal lak pejabat yang digeledah? Kalautakpuas hati, tangkap dan dakwa sahaja, tak perlu susah-susah. Jangan melibatkan orang lain. Ini hal peribadi. Lagipun mengapa polis utusan dari Johor datang, polis Perak buat apa? Kes berlaku di Perak tapi report di Johor....ooooo begitu!!!
POLIS Johor menggeledah tiga pejabat Mohammad Nizar (kiri atas) Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang,(kiri bawah) Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dan(kanan) Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri Perak selepas mendapat waran mahkamah kelmarin.
JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menggeledah tiga pejabat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bagi tujuan siasatan berhubung kes Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, hasil operasi itu, pihaknya merampas dua buah komputer dan sebuah telefon bimbit untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
"Pihak polis menggeledah kesemua premis terbabit selepas mendapat waran dari mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! difahamkan, pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hadir ke pejabat operasi Mohammad Nizar iaitu di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, Ipoh; Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.
Operasi di setiap premis itu berlangsung antara 30 hingga 45 minit.
Rabu, 20 Jun 2012
GELEDAH PEJABAT BUAT APA, TANGKAP DAN DAKWA SAHAJA....SENANGKAN!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan