Selasa, 19 Jun 2012

DATUK MUSTAPA MOHAMED HINA KERAJAAN PAS LAGI!!!

SUDAH menjadi adat dan resam bagi makhluk yang mengejar nama dan pangkat akan berkata demikian. Tidak sepatut sama sekali beliau selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri untuk menarafi dan melabel bahawa Kelantan ketinggalan 40 tahun di belakang pembangunan. Apa yang kurangnya di Kelantan?


Jika seorang profesor  (Kamaruddin Kachar) yang bernaung di bawah ketiak UMNO yang sanggup menggadai maruah rakyat Kelantan umumnya, berkata demikian maka sudah terbuktilah bahawa ungkapan-ungkapan sedemikian hanyalah untuk meraih undi pada pilihan raya yang akan datang?

Mengapa beliau sanggup mengatakan Kelantan mundur? Dan kemunduran ini hanya bersandarkan kepada isu air dan jalan raya. Soal masalah air ini tuan-puan hanyalah modal berkempen semata-mata. Sungguhpun demikian tapi tiada seorang pun yang mati kerana 'kurang' minum air di Kelantan. Soal jalan raya pula rasanya sudah tidak ada lagi jalan yang tidak berturap termasuk di kampung-kampung, jika tak percaya datanglah ke sini dan tinjau sendiri. Isu air ini bukan tertanggung oleh negeri Kelantan saja, bahkan negeri-negeri bawah tadbiran UMNO juga lebih teruk dari Kelantan. Misalnya di  Felda Bukit Sagu di Pahang, tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendapati bahawa sudah 3 bulan malah penduduk sekitar mendakwa sudah bertahun-tahun masalah itu melanda tak ada pun orang UMNO ambil kisah soal ini!!! Mereka kini langsung tidak mendapat bekalan air 'paip'. Tapi mengapa isu ini tidak dihebohkan? Begitu juga di beberapa daerah di Negeri Sembilan seperti di Jelebu, masalah ini seolah tiada berkesudahan tapi UMNO buat2 tak nampak saja , kalau tak percaya pergilah buat tinjauan dan siasatan di sana.

 
Inilah masalah dalaman UMNO, bila saja nak pilihan raya maka berbagai isu murahan yang di cari dan dikorek untuk memperkecilkan kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan. Hakikatnya apakah segala isu yang dipersendakan oleh Mustapa Muhamed akan menjanjikan kemajuan di negeri Kelantan kiranya Tuk Pa mentadbir? Sesungguhnya masalah ini tidak juga akan selesai bahkan mungkin bertambah ada lah. Kaki berebut projek, kencing sana-kencing sini. Maki sana, maki sini ada lah. Apa Tuk Pa tidak tahu kaki-kaki pelobi projek ini, rata-ratanya adalah orang UMNO. Mereka sering bertelagah berkaitan berebut projek.

Kisah pengkhianatan Datuk Mustapa ini tidak habis di sini saja, penubuhan JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang terletak terus di bawah Jabatan Perdana Menteri, nyata dan amat jelas menjadikan Kelantan terpinggir secara total. Bila saluran bantuan dan agihan wang kerajaan pusat disalurkan melalui jabatan ini maka siapa yang mendapat manfaatnya. Apakah kerajaan negeri. Jauh sama sekali!!! Tapi akhirnya ke mana wang itu dibelanjakan? Tak tahu ke mana?

Jika UMNO Kelantan rasa hebat sangat, mengapa Tuk Pa tak cuba membangunkan lebuh raya di laluan Jeli ke Tanah Merah, yang bidang kuasanya itu tertakluk di bawah kerajaan pusat. Jalan itu adalah jalan Persekutuan. Mengapa tak buat? Lagipun Jeli adalah di bawah tadbiran parlimen Tuk Pa. Mengapa tak buat dulu biar rakyat nampak angin perubahan itu. Buktikan dulu....Tapi nampaknya tidak juga.

Terpinggirnya Kelantan adalah karenah yang sengaja diada-adakan oleh UMNO sendiri. Kelantan mempunyai minyak, tapi mengapa Datuk Pa menafikannya? Malah sanggup mendaratkan minyak itu di Siam, walhal jika didaratkan di Bachok penduduk di sana dapat juga merasa hasil dari berbagai sumber ekonomi dan menjana pendapatan penduduk seperti pembukaan kedai-kedai dan sebagainya. Mengapa Datuk Pa menghalangnya?

Padahal semuanya sudah menandatangani surat persetujuan mendaratkan minyak di Kelantan, antaranya Sultan Kelantan sendiri, TG Razaleigh Hamzah, Anwar Musa tapi yang tidak sokong hanyalah 2 orang kuat UMNO Kelantan iaitu Awang Adek dan Mustapa Mohamed sendiri. Bukti adanya minyak di Kelantan lepas tu dinafikan Tuk Pa...bukankah ini satu pengkhianatan terhadap rakyatnya sendiri? klik sini



Tuk Pa hanya menjadi menteri kerana menang bertanding di parlimen Jeli atas dasar undi pos semata-mata dan undi dari kem-kem askar yang berada di kawasan sekitarnya, meski pada dasarnya Bukit Bunga itu dalam jajahan Tanah Merah tapi Datu Pa masukkan ke dalam parlimen kawasannya (Jeli) kerana di sana terdapat banyak orang UMNO, kalau harapkan penduduk Jeli, dah lama bungkuih...Apa  Datuk Pa tidak ingat?

Rakyat Kelantan akan tetap ingat pengkhianatan yang dilakukan Datuk terhadap sumber minyak Kelantan ini sampai bila-bila. Sebab Datuk Pa maka rakyat Kelantan tidak maju.
Misalnya pelan pembangunan Stadium yang ingin dibuat oleh kerajaan negeri di Kok Lanas. Segala plan dan kontraktor telah dipilih oleh kerajaan negeri dan mengadakan satu memorandum perjanjian. Siap dan sempurna. Plan itu siap mengandungi kolam renang yang mengasingkan jantina, penonton juga mengikut jantina, dan sebagainya berlandaskan Islam.

Tapi siapa yang menghalang dan provakasi pembinaan ini? Tak lain dan tak bukan Datuk Pa inilah yang menyebabkan akhirnya projek ini disekat dan mengarahkan agar ianya dibangunkan di Tunjong Kota Bharu. Tapi hingga kini stadium itu masih tidak kelihatan, gara-gara usaha licik Datuk Pa mengubah arah lokasi yang terpaksa berhadapan dengan berbagai masalah pengambilan tanah, nilai tanah yang mahal dan tidak berbaloi di sana. Akhirnya stadium ini tidak juga dibina. Inilah kerja Datuk Mustapa Muhamed yang semua rakyat Kelantan sudah kenal dan 'jijik' dengan politik murahan yang hanya pandai menjaga periuk nasi dan kroni sendiri sahaja. Bercakap memang pandai...tapi kerja hanya menyondol untuk poket sendiri sahaja.

Dulu semasa UMNO mewah dengan pembangkang yang lemah. Ada Mahathir nak bagi RM500 kepada rakyat? ada nak bagi pada budak sekolah RM100. Tak ada tuan-tuan tak pernah ada cash moner dan drop money seperti itu? Tapi kini bila UMNO tahu mereka sudah nazak dan nak mampus. Mka berbagai program 'JANJI DI TEPATI' dilaksanakan. Sekali imbas siapa yang untung? Sudah tentu rakyat amnya. Oleh itu lemahnya UMNO maka untungnya rakyat...

Malangnya masih ramai yang tidak sedar dan ingin menguatkan UMNO kembali. Bila UMNO kuat maka segala-galanya akan meningkat...harga barang akan naik lagi, minyak naik dan segalanya naik.... bantuan RM500 sorryla...takkan dapat dah...sekaliseumur hidupnya...

Tapi rakyat yang berideologi sewel selalunya masih tidak sedar...masih sayang nak jaga UMNO yang kurap dan berkudis ini...lihatlah cerdik pandai yang dipelihara UMNO KURAP ini...inilah lagaknya tak setanding dengan taraf pendidikan..Budaya maki hamun dan cacian menjadi santapan mulia buat UMNO

Inilah watak profesor Kamaruddin Kuchar-Kachir ini:




Kesimpulannya, adapun kata-kata Datu Pa itu hanyalah satu sandiwara dan mainan politik bangangnya saja padahal rakyat dah kenal siapa anda...pendek kata TAHIIII pun orang kenal laaa DATUK...Tak payah nak KLENTONG LAAAA!!!! Sekian...
PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code