ITULAH, jangan main taram dan belasah ikut sedap mulut saja. Mengapa begitu marah pada Ambiga, dia tuntut apa yang UMNO tak buat selama ini. Bukti juga menunjukkan pilihan raya di negara ini sebenarnya tidak telus. Ada penyelewengan. Mengapa MP Seri Gading ini melatah sampai nak gantung Ambiga. Ini tidak adil. Peliknya puak-puak UMNO sokong cadangan pembunuhan ini. Terlajak perahu boleh gostan tapi mulut becok, cilaka badan bang......!!!
MP Umno tarik balik kenyataan 'gantung' Ambiga
Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.
Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar.
Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan".
Khamis, 28 Jun 2012
DATUK MOHAMAD AZIZ TARIK BALIK KENYATAAN...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan