Isnin, 25 Jun 2012

BLOGGER UMNO SERING GUNA NAMA DR CHE ROSLI UNTUK PERTAHANKAN LYNAS

TAK ada rotan akarpun berguna, inilah sikap hipokrit UMNO yang terus mempertahankan Lynas, meskipun dengan jelas kilang nadir bumi itu bakal mengundang berbagai masalah kesihatan kepada penduduknya.

Mereka semua tahu, tapi mengapa perlu diteruskan. Sebabnya mudah, duit dah dapat banyak daripada syarikat ini, duit itu pula dibelasah oleh segelintir penyamun yang bermaharajalela di Pahang. Mahu tidak mahu, Najib terpaksa mengorbankan kesihatan rakyatnya untuk melindungi syarikat dari menuntut kembali duit poket yang diberikan sebelum ini.

Manakala para penyokong tegarnya berjuang habis-habisan untuk Lynas beroperasi. Pelik dan bangang sungguh puak-puak nih. Sehinggakan sanggup guna nama orang lain Dr Che Rosli Che Mat (pembangkang) bagi mencapai matlamat mereka, nama dari parti lawan mereka. Bukan nama dari ketua pemuda MCA yang digantung keahlian gara-gara menentang Lynas.

Tapi rakyat Pahang semuanya cerdik-cerdik belaka, semuanya pandai-pandai belaka, tak sia-sia belajar tinggi-tinggi dengan hutang PTPTN, mereka bijak belaka hinggakan radiasi dan sisa nuklear itu dikatakan baik untuk kesihatan? Bijak..bijak..bijak ..Bijak sungguh keponakan Adnan Yaakob samseng Kg Dusun ini...ppuihh!!!

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat memberi amaran agar tidak menggunakan nama beliau untuk mempertahankan projek Lynas atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau yang berkata pada sidang media di Parlimen hari ini, tidak pernah ada mana-mana pihak meminta keizinan darinya untuk terus menggunakan nama beliau serta kenyataannya di Parlimen bagi menyatakan loji Lynas selamat didirikan di Kuantan.

"Secara jelas saya nyatakan bahawa kenyataan saya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja tetapi jika melibatkan keseluruhan operasi Lynas secara terus terang ia tidak selamat untuk beroperasi.

"Selain itu juga, saya tidak membenarkan mana-mana pihak cuba menggunakan nama saya bagi menunjukkan saya menyokong pembinaan loji tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, jika perkara ini berterusan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari sudut undang-undang kerana menggunakan nama tanpa izin.

"Sebelum ini Perdana Menteri dalam kenyataannya telah membabitkan nama saya yang turut menyatakan bahawa Lynas itu selamat dibangunkan.

"Saya tidak pernah mengizinkan nama serta kenyataan saya digunakan untuk menyokong pembinaan loji tersebut, Lynas bagi saya tetap merbahaya dan Najib perlu peka dalam soal ini kerana membabitkan saya tanpa sebarang kebenaran," tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam kenyataannya memberitahu PAS mendengar pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar namun dalam masa yang sama faktor dari sudut lain juga turut diambil kira.

"PAS mengambil kira setiap pandangan pakar tentang isu Lynas seperti mana yang dinyatakan oleh Dr Che Rosli sebelum ini tetapi dari faktor lain kita juga turut mengambil perhatian.

"Secara jelas beliau menyatakan Lynas ini tetap merbahaya dan kepada mana-mana pihak tolong hentikan menggunakan nama beliau dalam mencari sokongan pembinaan loji tersebut jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil," katanya.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code