Sabtu, 26 Mei 2012

UMNO PARTI POLITIK PRIMITIF DAN KURANG AJAR

RAMAI semakin sedar akan kebodohan dan rasa terdesak gerombolan parti UMNO yang menggunakan samseng taik minyak untuk membuat provokasi dan mengganggu ceramah dan kempen PAKATAN RAKYAT. Benarlah kata Mahathir-(Nabi UMNO) jika UMNO kalah maka akan terjadilah tsunami peperangan dan kacau bilau di Malaysia. Belum mengundi lagi sudah cetuskan berbagai masalah, apatah lagi jika kalah. Namun Mahathir kata secara terbalik...semua orang kenal siapa Mahathir ini. Semasa dalam UMNO beliau disanjung macam nabi. Segala tutur katanya didengari dan tidak pernah disanggah. Siapa sanggah maka akan berlakulah mala petaka ke atas orang itu. Masinnya mulut nabi Mahathir ini. Setelah mengarahkan askar membunuh penganut ajaran Ibrahim Libya atas dasar menderhaka ke bawah duli Yang Di-Pertuan Agung. Siapa pembunuh sebenarnya?? 

Sehingga sekarang setelah Nik Aziz dilabel oleh si penumbuk mata lebam sebagai 'Bapa Kafir' maka sudah tentu Mahathir adalah seorang 'nabi' kepada puaknya. Iaitu UMNO keparat!!!

Kaum nabi Mahathir ini, sebelum terlupa biar diingatkan dulu yang huruf 'n' itu mesti ditukar kepada 'b' baru betul. 'N'abi Mahathir ini selalu bersabda menentang musuh politik biarlah seluruh jiwa tanpa dihiraukan sama ada untuk guna pelacur jalanan seperti dalam klip video di bawah dan sebagainya, asalkan hasrat itu tercapai. Dalam sesi ceramah terbaru di Lembah Pantai. Provokasi yang dimainkan  oleh kaum 'N'abi Mahathir ini ialah dengan membaling batu dan telur ke arah ceramah politik pembangkang sehinggakan ada yang pecah kepala dan patah tangan seolah mencerminkan bahawa tiada lagi keamanan di negara ini. UMNO telah guna berbagai senjata demi menghapus nilai demokrasi yang ada dalam perlembagaan si negara ini. Agaknya jika pendengar ceramah pembangkang itu 'lawan' balik sudah tentu 'geng' polis akan secepat kilat menangkap peserta yang berbuat demikian. Bukan apa sebab sokong pembangkang. Tapi bila UMNO yang buat maka polis akan senyap dan konyol macam lembu cucuk hidung kerana takut dengan 'N'abi Mahathir dan gerombolannya.

Nampaknya demi mengambil alih Selangor maka seluruh kaum syaitan, setan, jin, hantu, jembalang, toyol (ada dua ekor toyol kat Selangor ni-sekor dan kena tembak dengan senapang gajah sekor lagi baru buat rumah batu besar hasil rompakan berhemah wang rakyat), mambang, dan akhirnya dikerahkan juga bapa kepada segala musuh Islam iaitu 'Bapa Iblis'. Inilah yang dikerah oleh UMNO untuk mengacau setiap sesi ceramah anjuran PAKATAN RAKYAT.

Sebenarnya model ini adalah model ciplak dari pembangkang setelah UMNO mengadakan ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' maka akhirnya Nizar sendiri yanbg hadir untuk mendengar ceramah tersebut sehingga pening lalat si pengumpat itu untuk mengautuk Nizar. Ekoran dari itu maka UMNO rasa malu dan ingin membalas dendam terhadap perbuatan itu dengan mengadakan sesi kacau-bilau terhadap sebarang siri ceramah anjuran pembangkang. lihat video di bawah:





Setelah tuan-tuan dan puan-puan menilai sendiri dan menonton video itu maka terbuktilah bahawa kaum 'N'abi Mahathir ini akan menggunakan segala kekerasan sekiranya dia kalah dalam medan pilihan raya kelak.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code