Jumaat, 13 April 2012

TV3 USAH PERKECIL KEBOLEHAN PAKATAN RAKYAT MENGHAPUSKAN PTPTN

SELAKU media yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum. TV3 tidak sepatutnya menyokong parti kerajaan secara terang-terangan. Bil api yang dibayar pengguna dan tv yang digunakan oleh pengguna adalah dari poket rakyat sendiri.

Jadi rakyat tidak semestinya disajikan dengan pembohongan dan tentangan terhadap sesuatu isu positif yang cuba diberikan pembangkang. TV3 sepatutnya menjadi orang tengah dan membuat kajian yang mendalam sebelum sesuatu isu dibicarakan.

Soal pokoknya ialah menghapuskan PTPTN. Logiknya rakyat sebenarnya tidak perlu diseret untuk mengkaji apa yang bakal berlaku terhadap kerajaan sekiranya idea untuk menghapuskan PTPTN benar-benar dapat dilakukan oleh sebuah kerajaan.

Jika dulu rakyat sering ditipu dengan subsidi yang diberi kerajaan, tapi mengapa subsidi untuk rakyat di era Mahathir hingga kini telah banyak dipotong. Mengapa dulu kerajaan mampu menanggung subsidi untuk rakyat? Sedangkan pendapatan negara dari dulu hingga kini bertambah dari getah dan bijih timah hingga ke petroleum. Apakah kerana bilangan penduduk yang semakin besar menyebabkan kerajaan rasa terbeban atau pendapatan negara dari hasil pelbagai kegiatan ekonomi banyak ketirisan akibat rasuah dan masuk kie poket pemimpin dalam kerajaan?

Semua ini amat sukar untuk dibincangkan, kerana rakyat tidak faham sepenuhnya, kerana kerajaan banyak berahsia dengan rakyat. Mengapa diera 70an dahulu anak sekolah hanya cukup dengan membawa duit poket 20 sen saja tapi kini RM5 belum tentu perut anak terisi? Mengapa Singapura dapat mengekalkan nilai matawang mereka sedangkam RM(Ringgit Mahathir) semakin berkurang nilainya?

Pendek kata sebagai rakyat, mereka tidak perlu disogok dengan berita yang mengapi-apikan kebaikan yang bakal rakyat terima. TV3 jangan hanya mencari penyokong untuk parti kerajaan dan dasar kerajaan semata-mata. Sebaliknya mesti bertindak bijak dalam menentukan agenda yang memberi kebaikan kepada rakyat.

Pakatan Rakyat mampu melaksanakan pendidikan secara percuma, mengapa dinafikan. Jangan meletakkan masalah itu di depan. Buat dulu baru tahu. Ini demi kebaikan bersama. Mengapa pula TV3 sibuk menghalang...

Pelik betul sistem media yang ada di Malaysia yang diterajui oleh kerajaan BN. Inikah yang dinamakan keadilan untuk semua?

Bukankah satu kebaikan andai rakyat dapat diberi bantuan seperti pendidikan percuma dan sebagainya, sedangkan bantuan rakyat 1Malaysia tidak pula dipertikaikan. Bukan soal duit sebenarnya yang menghalang pendidikan negara ini, tapi ianya lebih kepada tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan tersebut.

Bukan mustahil untuk kerajaan menghapuskan PTPTN dulupun pelajar yang layak dapat juga belajar di universiti. Malah jika dikatakan yuran mahal, semua ini boleh dikurangkan sebab segalanya bergantung kepada kerajaan yang membuat dasar.

Hapus PTPTN bukan menjadi satu persoalan yang sangat rumit, pokoknya hanya bergantung kepada kerajaan yang memerintah memilih sama ada untuk menghapuskannya atau tidak. Selaku media TV3 tidak harus campur tangan dalam soal ini.



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code