MACAM budak-budak, bagi mainan pada kawan, sesudah kawan ambil (Cat Lakah) minta balik mainan itu. Ini namanya 'buruk siku'. Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap rakyat seharusnya soal minta balik duit yang telah diberi bukan satu jalan penyelesaian yang 'cerdik'. Sepatutnya apa yang disarankan pelajar yang berdemonstrasi itu ada alasan tersendiri. Menteri yang bijak tidak mungkin bertindak sebodoh itu.
Pelajar yang meminta agar PTPTN ini dimansuhkan adalah berdasarkan matlamat perjuangan ke arah pendidikan percuma dan tidak perlu lagi dikenakan 'yuran' ke atas mereka. Jadi bila yuran tiada maka sudah tentu PTPTN tidak lagi menjadi satu keperluan kepada pelajar. Soalnya siapa yang mengenakan beban yuran yang semakin tinggi ini?
Alasan dikenakan yuran adalah bermatlamatkan geran pelaburan yang menguntungkan kerajaan dalam jangka panjang, setelah PTPTN ini dikenakan caj sehingga 4 peratus belum lagi termasuk bebanan caj 1 peratus perkhidmatan. Bentuk caj yang dikenakan ini disifatkan sebagai satu perniagaan yang menguntungkan di pihak yang memberi pinjam.
Benarlah jika ada pendapat yang mengatakan dunia sekarang ini tiada yang percuma. Semuanya harus dibayar untuk mendapatkan sesuatu. Tapi soalnya apakah kerajaan dan rakyat harus berkira dengan pendidikan terhadap warganya?
Apakah jalan penyelesaian untuk menghapuskan PTPTN menjadi satu polemik di pihak kerajaan yang ada sekarang agar pelajar wajib membayar balik pinjaman itu tanpa ada kompromi lagi. Sedangkan selama ini kerajaan mampu memberi geran pinjaman kepada menteri dan menghapus kira hutang perbadanan korporat dengan begitu mudah, tapi bila soal pendidikan terhadap anak-anak yang bakal menerajui negara ini menjadi sesuatu yang membebankan dan tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat marhaen? Kerajaan jenis apa yang mengungkit terhadap pemberian kepada warganya ini.
Soal pemansuhan PTPTN ini bukanlah bermaksud rakyat nanti sudah tidak boleh belajar lagi kerana tiada wang. Ini bukan soal pokok. Tapi selaku kerajaan apakah alternatif yang ada sekiranya penghapusan PTPTN dilaksanakan tapi rakyat yang susah masih mampu melanjutkan pelajaran seperti biasa. Ini persoalan yang harus difikirkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, bukan mendesak pelajar atau mencabar mereka memulangkan balik pinjaman tersebut.
Andai geran pinjaman sebanyak 43 bilion ini adalah merupakan satu bajet untuk melaksanakannya, maka mengapa ianya tidak menjadi satu rutin bahawa kerajaan yang dikatakan mempunyai aset dan hasil dari pelbagai sumber menyediakan peruntukan ini khusus untuk pendidikan anak-anak. Jadi setiap kali pembentangan bajet dilaksanakan maka jumlah yang tersebut harus dikhususkan. Bukan setakat hanya mahu menaikkan gaji menteri saja.
Apakah kerajaan yang ada sekarang sudah tidak mampu menampung jumlah 43 bilion tersebut? Meskipun jumlah tersebut tidak terkira oleh rakyat biasa tapi inilah isu pokok yang harus difikirkan demi mencapai matlamat keselesaan kepada rakyat yang menjadi asas pembentukan sebuah negara maju kerana pendidikan adalah satu keperluan mutlak rakyat.
Jika sudah tidak mampu lagi mencari wang sebanyak itu maka tarik diri saja dari menerajui kerajaan Malaysia biarlah orang yang mampu mengendalikan. Jangan pula nak mencari keuntungan untuk mencapai tujuan dan anak-anak menjadi mangsa.
Jangan beri alasan pelajar miskin mungkin tidak boleh belajar kerana tiada PTPTN. Mengapa dulu rakyat lain termasuk pemimpin yang berasal dari keluarga susah dapat berjaya? PTPTN yang baru bermula seawal lewat 90an (1999/2000) telah mempengaruhi banyak pelajar untuk meminjamnya. Tanpa mengetahui bahqawa pinjaman itu bakal menjerat batang leher sendiri, apatah lagi kalau tiada kerja.
Jika kerajaan pada awal pelancarannya telah memberi ingatan bahawa pinjaman ini adalah satu bentuk yang membebankan dan meninggalkan kesan yang sangat berat terhadap peminjam sudah pasti ramai yang menarik diri dari membuat pinjaman. Tapi kerana kerajaan juga begitu giat mempromosi bentuk pinjaman ini banyak baik dari buruk maka telah memaksa ibu bapa tidak menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak. Mereka sudah leka bergantung pada PTPTN. Inilah amalan silap yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang.
Sistem pinjaman ini sudah tidak laku dan tidak relevan lagi dengan dunia sekarang. Jangan pula mempromosikan bahawa pinjaman mudah ini tidak memberi kesan kepada pelajar. Malah ada yang sign surat perjanjian dan syarat PTPTN tapi sepatah haram pun tidak faham maksudnya. Sebab apa? Sebab mereka hanya nampak wang, wang dan wang itu saja.
Apa yang sangat berat ialah bila tiada kerja? Apa yang dharus dilakukan pelajar? Hutang nak kena bayar. Jika tidak, nama di 'black list' dan tidak boleh ke luar negara...meskipun ada tawaran percuma seperti mengikuti tajaan dari syarikat-syarikat besar, atau tawaran bekerja di luar negara. Mereka ini tidak layak sama sekali kerana nak buat passport pun tak dapat. Inilah fenomena yang sangat membebankan dan merosakkan akhlak pelajar negara ini. Segulung ijazah tidak berguna sekiranya ingin mencari peluang makan gaji begitu sukar, tapi hutang tetap pula kena bayar. Akhirnya, makna pinjaman bertukar menjadi barah hutang yang tidak dibayar. Masa belajar bertahun habis dengan sia-sia, usia semakin lanjut, tuntutan keperluan batin dan rohani yang lain belum lagi dikira seperti ingin berumah tangga dan sebagainya, malah untuk menunaikan haji dan umrah atas dasar mengikut orang tua yang sudah uzur juga dihalang. Semuanya tidak layak dilakukan oleh seorang yang terkena najis PTPTN. Jadi ini semua tidak relevan lagi. Menang hadiah ke luar negara juga hangus begitu saja. Maklumlah nak buat passport tak layak.
Eloklah jika ada kumpulan yang sanggup memansuhkan PTPTN dan kerajaan yang sanggup menghalalkan hutang PTPTN biarlah kita merasainya. Jika parti PAKATAN RAKYAT mampu melaksanakannya mengapa kita tidak berani mencuba. Set minda kepada satu paradigma yang baru jangan begitu paranoid dengan kerajaan yang ada sekarang yang sudah kita tahu luar dalamnya. Rasuah dan penyelewengan menjadi satu ratahan ulam seolah jamuan makan tengah hari. Menjadi rutin bagi mereka.
Jika ada yang tidak setuju dengan pemansuhan ini ialah kerana mereka sudah membayar balik pinjaman itu. Sebab itu mereka berdengki. Sifat iri hati ini akan berlarutan selagi kerajaan Malaysia sendiri bersifat demikian. Dengan anak sendiripun nak berniaga. Inilah model pemikiran orang-orang Barisan Nasional yang lebih mengutamakan ekonomi dan periuk nasi sendiri saja. Meskipun data sebenar menunjukkan hanya 28 bilion saja peruntukan untuk PTPTN tapi telah ditipu oleh Najib dengan mengatakan 43 bilion. Asas kata-kata Najib ini ada tujuan, jika terpaksa dihapuskan PTPTN maka duit yang di tuntut kepada perbendaharaan adalah 43 bilion. Maknanya 15 bilion lagi akan ditogok ke dalam poket keluarga Najib dan kroninya. Inilah asas mengapa Najib kata 43 bilion walhal lingkungan 28 bilion saja. Cakap orang politik seperti Najib ternyata penuh dengan tipu helah dan penindasan terhadap rakyat. Jelas dan terang sekali. Ada unsur penipuan fakta demi meraih keuntungan. Ada perniagaan.
Selasa, 17 April 2012
MENTERI PENGAJIAN TINGGI DANGKAL FIKIRAN DICABAR LETAK JAWATAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan