RUPA-rupanya masih ramai yang merempat. Ingatkan hanya negeri Kelantan yang miskin. Semiskin-miskin rakyat negeri Kelantan tidaklah sampai merempat dan diabaikan...
UMNO ambil kesempatan beri sumbangan untuk meraih undi, sebelum ini diabaikan saja.
Lebih perit, pasangan suami isteri, P. Sugendran, 23, dan M. Amutha, 23, serta empat anaknya yang berusia antara dua hingga enam tahun dari Taman Kesidang di sini juga menunggu masa untuk dihalau keluar oleh pemilik rumah sewa yang didiami mereka sekeluarga.
Ia berikutan sudah enam bulan pasangan berkenaan gagal melunaskan bayaran sewa rumah berjumlah RM250 sebulan.
Keluarga tersebut ditimpa kesempitan hidup selepas Sugendran terlibat dalam kemalangan jalan raya di Malim dekat sini kira-kira setahun lalu dan mengalami kecederaan pada kaki.
Menurut Amutha, sejak itu, suaminya yang bekerja sebagai buruh menurap jalan dengan pendapatan RM700 sebulan sering bercuti sakit apabila mengalami kekejangan pada kaki kanannya menyebabkan pendapatannya tidak menentu.
0 comments:
Catat Ulasan