Khamis, 8 Mac 2012

PEMBANGUNAN YANG MENDERITAKAN RAKYAT OLEH UMNO-BANJIR KILAT DI KL!!!

MENGEJAR tampuk pemerintahan seterusnya berusaha mengekalkannya dengan rasa bangga dan sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Mempamerkan ego dengan mendabik dada mengatakan bahawa akulah (UMNO) yang menyebabkan negara ini kian maju dan moden. Inilah falsafah songsang yang diamalkan pemerintah negara Malaysia ini. UMNO parti Ayah Pin!!!

Mengejar kemajuan fizikal tanpa memikirkan kesan mengakibatkan rakyat menderita dan susah. Apa guna?

Jelasnya sebarang pembangunan yang tidak berlandaskan perancangan yang bijak dan sempurna menghantar mesej jelas betapa bongoknya kerajaan yang ada sekarang. Jika selama ini Perdana Menteri Malaysia sering memperlekehkan negeri yang ditadbir pembangkang lantaran isu air dan yang paling menyakitkan hati seluruh rakyat Kelantan ialah dakwaan seorang Perdana Menteri yang gagal memberi bantuan selaku mentadbir seluruh Malaysia dengan menghina Kelantan sebagai sebuah negeri yang sangat miskin dan mundur laksana hidup di zaman purba.

Inilah sikap buruk seorang pemimpin tertinggi Malaysia yang membawa slogan Satu Malaysia, tapi agihan kekayaan negara tidak diberikan dengan seadilnya. Malah mengutuk lagi negeri yang berada di bawah pimpinan pembangkang. Satu Malaysia tengkorak kering apa kalau macam ini!

Masalah yang jelas dalam menggambarkan kelemahan pentadbiran pusat ialah sistem perparitan yang berterusan melanda penduduk Kuala Lumpur. Banjir kilat yang berterusan melanda sejak 20 tahun lalu tidak pernah cuba di atasi dengan baik sebaliknya kerajaan hanya tahu membelanjakan kewangan hanya untuk individu yang berkepentingan dalam parti saja.

Buat longkang, longkang tersumbat. Buat terowong, terowong sesak dan tidak berguna sama sekali. Sudahnya apa yang patut dibanggakan? Para pemimpin bebas bergerak dengan iringan polis trafik tanpa sedikitpun berpengalaman menempuh detik-detik kesesakan lalu lintas. Mereka tidak pernah jammed. Atas alasan mahu segera demi negara. Padahal pada masa yang sama rakyat terus-terusan dihimpit kesesakan dan kesukaran bila berada di jalan raya.

Jika rakyat memilih untuk pantas maka rakyat harus membayar lebih dengan bermacam jenis tol yang mesti dilalui demi mengejar waktu. Sebaliknya para pemimpin hanya melalui jalan bertol dengan percuma saja. Inilah konsep satu Malaysia UMNO yang mendahulukan rakyat untuk membayar tapi pemimpin tidak perlu bayar satu sen pun. Namun yang paling sedih dalam pembayaran yang wajib dilunaskan pengguna jalan yang bertol ialah masa yang diharapkan dapat dikejar tidak kesampaian apabila jalan yang bertol tersebut turut mengalami kesesakan. Amat tidak berbaloi sama sekali!!!

Sudahnya apa yang berlaku kepada harta benda rakyat akibat kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan satu Malaysia Najib? Jawapannya lihat gambar ini...




INILAH yang dibanggakan oleh UMNO dalam menerjah kemajuan mengejar Wawasan 2020 oleh Tun Madey.

Jika dulu tidak pernah terlintas dan terpinga-pinga bila diajukan soalan - Apakah maksud 'Banjir kilat' oleh guru. Paling cepat terlintas difikiran ialah hujan lebat disertakan dengan kilat sabung-menyabung yang berdentuman. Inilah jawapan yang terngiang-ngiang di kepala lantaran betapa tidak pernah berlakunya keadaan seperti sekarang.

Sebaliknya kini istilah itu telah lali dilalui oleh kanak-kanak negara ini lantaran kebobrokan dan kemusnahan alam sekitar yang dilakukan dengan rakus oleh UMNO dan konco-konco kontraktornya. Kehidupan banjir kilat seolah sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur yang dibanggakan oleh UMNO. Konon selama lebih setengah abad menerajui negara, inilah yang rakyat dapat. Bukan saja kemajuan tapi juga bencana yang dibuat-buat. iaitu Banjir Kilat.

Setelah dapat habuan BR1M RM 500 rakyat rata-rata hanya menghabiskan wang diagihkan itu untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat ditenggelami banjir kilat dan menggantikan harta benda yang rosak akibat banjir buatan UMNO ini.

Pun begitu ramai yang tidak sedar punca kerap berlakunya banjir kilat ini, apa yang rakyat tahu ianya adalah satu takdir yang diturunkan Allah itu saja. Dengan anggapan sedemikian maka terlepaslah tanggungan yang harus dipikul kerajaan. Kerajaan tidak bersalah tapi ini semua adalah takdir.

Pemikiran yang retorik sebegini lahir dari hasil didikan UMNO yang sering menyalahkan orang lain bila berlaku sesuatu bencana alam, tanpa sedikitpun timbul rasa bersalah dalam diri. Manakala rakyat pula akan rasa terhibur bila diberi sedikit bantuan. Inilah realiti mentaliti rakyat Malaysia yang masih terbelenggu dengan sifat 'hutang budi tergadai undi'.

Sifat ini dengan mudah dimanipulasi UMNO untuk mengekalkan kuasa dengan menjanjikan pelbagai bentuk pembangunan tapi tidak pernah ditunaikan...contohnya ialah pembangunan di Gua Musang bila UMNO menang pilihan raya kecil di sana. Begitu juga di Pengkalan Pasir...kedua-duanya ialah untuk membina sebuah jambatan..tapi yang jelasnya sudah bertahun-tahun janji itu masih tidak tertunai malah sehingga kini tiada apa yang nampak. Batang hidung pemimpin dulu yang berjanjipun lenyap begitu saja.

Janji politik oleh UMNO hanya satu pegangan dan prinsip semasa berkempen saja. Lepas itu...tiada apa-apa lagi...Isu royalti minyak yang diperjuangkan Tg Razaleigh seolah menjadi virus yang berkudis dalam kepala hotak puak-puak UMNO di Kelantan. Akhirnya kini Ku Li seolah bakal menemui 'ajalnya' dalam UMNO meskipun jasa beliau telah banyak dalam UMNO. Sekian!
PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code