BANYAK penipuan dan publisiti murahan yang digali serta dikorek oleh pembangkang di Kelantan demi mengejar mimpi yang tidak kesampaian. Pembangkang di Kelantan sering mengatakan dalam ceramahnya di mana-mana akan isu menunaikan janji pilihan raya. Sebaliknya pembangkang sendiri yang berjanji setelah menang siri pilihan raya kecil tidak pernah ditunaikan.
Antara janji manisnya ialah membina jambatan di Pengkalan Batu Pasir Mas tapi sehingga kini tiada apapun yang berlaku.
Berjanji membina jambatan di Gua Musang tapi senyap dan sunyi.
Berjanji membina 'fly over' di Tanah Merah tapi sehingga kini setelah upacara pecah tanah oleh mendiang Samy Vellu hingga kini pecah tanah itu hanya tinggal tanah 'kor' saja. Tarak apa.
Malah setiap kali pembangunan yang cuba dibina oleh kerajaan negeri sering menjadi bahan ejekan dan protes yang berpanjangan dengan menggunakan kaedah menipu dan demonstrasi.
Isu terbaru ialah pengambilan tanah oleh kerajaan negeri untuk dijual kepada warga asing dan menjadi bahan mainan di persada media pembangkang. Baru-baru ini Utusan Melayu menyiarkan artikel 'Tanah Rezab Melayu Terancam'. Tapi kini apa sudah jadi? Benarkah berlaku demikian?
Inilah kerja jahat yang disalurkan media bertopengkan masyarakat tapi menjadi agen penjahat yang menjadi pemimpin (UMNO) di Malaysia. Tanpa selidiki terlebih dahulu apakah kisah perampasan tanah ini benar-benar wujud di Kelantan? Sedangkan sesiapa yang bukan dilahirkan di Kelantan untuk membeli sebidang tanah, biarpun hanya satu lot rumah akan memakan masa yang panjang dengan memohon kebenaran dari exco terlebih dahulu. Apatah lagi jika melibatkan kawasan yang luas.
Dakwaan yang jelas menipu ini sesungguhnya hanya berniat jahat dan malafide saja. Tiada apa yang lebih melainkan hanya untuk melabelkan betapa kerajaan PAS di Kelantan sangat huduh dan buruk. Itu saja. Mereka-reka cerita adalah adat dalam politik UMNO yang semula jadi.
Ikuti kisah ini...
Lihat pula berita ini (klik sini)
P/S: Kelantan cuba buat pembangunan tapi sering dihalang oleh kerajaan pusat kemudian mengatakan bahawa Kelantan negeri mundur....poorahh!!! Berak kapur punya UMNO.
0 comments:
Catat Ulasan